Reprosave Enterprise / Hapizah Hohpin ... [et al.]

ReProSave Enterprise merupakan sebuah perusahaan era baru di negara ini di mana ianya adalah berasaskan bahan buangan sisa tanaman Malaysia Lokasi yang dipilih bagi menjalankan perniagaan ini adalah di Lot 4, Kuala Ketil Industrial Estate, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hohpin, Hapizah, Abdul Rahman, Aziraliza, Sulaiman, Siti Suzana, Md Zain, Noor Patamah
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39831/1/39831.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39831/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:ReProSave Enterprise merupakan sebuah perusahaan era baru di negara ini di mana ianya adalah berasaskan bahan buangan sisa tanaman Malaysia Lokasi yang dipilih bagi menjalankan perniagaan ini adalah di Lot 4, Kuala Ketil Industrial Estate, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Ianya dijangka akan dimulakan mulai tarikh 1 Januari 2002, sebaik sahaja mendapat kelulusan pihak-pihak berkenaan, Perusahaan ReProSave ini dipilih berdasarkan beberapa faktor yang kami anggap perlu diambil kira kepentingannya, Kami benar-benar yakin dengan pemilihan perusahan ini kerana ia mendapat sokongan yang menggalakkan dari pihak kerajaan di dalam usaha memperbanyakkan pembuatan barangan Malaysia. Di samping itu juga ia dapat menambahkan lagi bilangan usahawan Melayu yang berjaya. Kami juga yakin kerana kami mempunyai sumber-sumber yang dipercayai dan semangat kental untuk berjaya dalam perniagaan ini. Kami dapat melihat potensi daya maju perniagaan ini di masa hadapan begitu cerah. Ini kerana ia bukan sahaja menyambut seruan kerajaan untuk mengurangkan barangan import luar negara, malahan menambah bilangan barangan tempatan yang bermutu tinggi. Tambahan pula penghasilan produk ini mengekalkan kehijauan Malaysia tanpa merosakkan persekitaran kita Ini dapat memperkenalkan Malaysia sebagai negara pengeluar yang perihatin terhadap alam semulajadi tanpa mewujudkan sebarang pencemaran Perusahaan ini juga dijangka dapat berkembang maju dengan penggunaan teknologi tinggi serta terkini. Di samping itu permintaan barangan ini juga begitu meningkat di dalam era pembangunan masa kini