Miracle Enterprise : mesin pengayak tepung / Siti Akhtar Mohshim ... [et al.]

Miracle Enterprise merupakan sebuah syarikat perkongsian yang dikongsi oleh Siti Akhtar Binti Mohshim, Ezza Ezriana Binti Md Ali, Norlela Binti Abdull dan Nor Zairos Binti Abu Zarim dengan modal sebanyak RM 370,883 sementara yang selebihnya iaitu berjumlah RM1.2 juta dipinjam dari pihak bank. Miracl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohshim, Siti Akhtar, Md Ali, Ezza Ezriana, Abdul, Norlela, Abu zarin, Nor Zairos
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39528/1/39528.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/39528/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Miracle Enterprise merupakan sebuah syarikat perkongsian yang dikongsi oleh Siti Akhtar Binti Mohshim, Ezza Ezriana Binti Md Ali, Norlela Binti Abdull dan Nor Zairos Binti Abu Zarim dengan modal sebanyak RM 370,883 sementara yang selebihnya iaitu berjumlah RM1.2 juta dipinjam dari pihak bank. Miracle Enterprise adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk terbaru berteknologi tinggi iaitu mesin pengayak tepung dengan kuasa hentaman bagi pasaran seluruh negara. Terdapat dua jenis model mesin pengayak tepung yang dikilangkan iaitu jenis : 1. MPTH (untuk kegunaan rumah ) 2. MPTE (untuk kegunaan kilang roti, kedai-kedai kek dan biskut) Mesin pengayak tepung yang siap dipasang akan dijual kepada beberapa syarikat yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi. Di antaranya ialah Seng Heng Electronic Sdn. Bhd., Courts Mammoth Sdn. Bhd., Smartshop, dan Catalog Shop yang berdekatan. Matlamat utama syarikat kami di samping membantu kerja di kilang-kilang roti, kedai-kedai kek dan kerja-kerja suri rumah, kami juga ingin mengubah sikap pengusaha industri kecil dan sederhana bumiputera yang menganggap usaha memodenkan pengeluaran dengan pembangunan robotik dan automasi memerlukan belanja dan modal yang tinggi. Kami mahu membuktikan dan pada masa yang sama ingin menghapuskan prasangka masyarakat dan anggapan orang ramai bahawa usaha memodenkan industri tidak memerlukan belanja yang tinggi