Parameter kehilangan pantulan (RL) komposit ferit (Lio.sFeo.s)o.4Nio.3ZnO.3Fe204 - termoplastik getah asli / Siti Atkah Abdul Hamid dan Abdul Aziz Mansor

Ferit lithium-nikel-zink (LNZ) dengan formula molekul (Lio.sFeo.s)O.4Nio.3ZnO.3Fe204 disediakan melalui kaedah keadaan pepejal di dalam udara. Termoplastik getah asli (TPNR) disediakan dengan kaedah adunan lebur getah asli (NR) dan polipropilena (PP) dengan getah asli cecair (LNR) sebagai pengser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid, Siti Atkah, Mansor, Abdul Aziz
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang 2002
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37842/1/37842.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37842/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ferit lithium-nikel-zink (LNZ) dengan formula molekul (Lio.sFeo.s)O.4Nio.3ZnO.3Fe204 disediakan melalui kaedah keadaan pepejal di dalam udara. Termoplastik getah asli (TPNR) disediakan dengan kaedah adunan lebur getah asli (NR) dan polipropilena (PP) dengan getah asli cecair (LNR) sebagai pengserasi menggunakan mesin pengadunan dalaman Brabender. Komposit yang terdiri daripada matriks PP70/NR30 berpengisi dari 5 hingga 30 peratus berat ferit LNZ diadunkan dengan kaedah adunan lebur menggunakan mesin pengadunan dalaman Brabender. Kesan kandungan pengisi LNZ dan NR ke atas matriks PPINR terhadap sifat penyerapan gelombang mikro masing-masing dikaji dengan menggunakan penganalisis rangkaian gelombang mikro (MYNA). Kehilangan pantulan (RL) sangat dipengaruhi oleh kandungan pengisi ferit LNZ dan NR di dalam matriks PP/NR. Dua keadaan tanpa pantulan bagi kesemua sampel masing-masing berlaku pada julat frekuensi yang rendah dan tinggi. Keadaan tanpa pantulan bagi ferit LNZ tulen masing-masing dikaitkan dengan Iєr:"I = Iµr"'I dan ketebalan bahan sebesar ')J4, manakala untuk matriks PP/NR dan komposit PP/NR/LNZ adalah dikaitkan dengan ketebalan bahan sebesar ')J4 dan 3')J4, dengan Aadalah panjang gelombang di dalam bahan tersebut