Syarikat MacroPack: Packers & Movers / Azlina Hashim…[et al.]

Dalam kehidupan di zaman yang serba-serbi moden ini, sikap gotong-royong di kalangan masyarakat amat tipis sekali jika di bandingkan pada zaman dahulu. Pada waktu itu, seandainya ada jiran-jiran yang hendak berpindah maka seluruh penduduk kawasan akan bergotong- royong dan saling bantu-menbantu tuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Azlina, Jaffar, Farhah, Abdul Halim, Mazlan, Nordin, Shahrul Nizal, Abdul Jabar, Yusmiza
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37725/1/37725.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37725/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kehidupan di zaman yang serba-serbi moden ini, sikap gotong-royong di kalangan masyarakat amat tipis sekali jika di bandingkan pada zaman dahulu. Pada waktu itu, seandainya ada jiran-jiran yang hendak berpindah maka seluruh penduduk kawasan akan bergotong- royong dan saling bantu-menbantu tuan rumah mengemaskan barang-barang mereka. Tetapi lain halnya di zaman yang canggih ini, di mana manusia sudah semakin sibuk dengan hal-hal keduniaan hingga lupakan jiran di sebelah rumah. Atas maksud itulah SYARIKAT MACROPACK mengambil inisiatif ini untuk menawarkan perkhidmatan perpindahan dan pembungkusan untuk memudahkan individu ataupun syarikat berpindah dari satu destinasi ke destinasi yang dikehendaki. Perniagaan kami ini mempunyai prospek yang luas di mana ianya terletak di alamat 7A, Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama 75450 Melaka Bandaraya Bersejarah. Pemilihan tapak ini, adalah berdasarkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di situ dan peluang-peluang pemasaran yang luas, di mana strategi pemasaran kami adalah terumpu pada jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Memandangkan amat kurang sekali golongan bumiputera yang menceburi bidang perkidmatan ini, maka kami mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan bahawa golongan bumiputera juga boleh maju apabila menceburi bidang perkhidmatan ini. Jika diambil perkiraan secara rawak, hanya terdapat satu syarikat sahaja yang dikelolakan oleh golongan bumiputera iaitu Syarikat Pembungkusan Joha yang terletak di kawasan Industri Alor Gajah. Kami berkeyakinan bahawa perniagaan kami ini akan berkembang dengan pesat dan mempunyai potensi yang cerah untuk berjaya. Kami bercadang dalam tempoh lima tahun akan datang, untuk meluaskan perkhidmatan kami ke Sabah dan Sarawak serta negara-negara di sekitar Asia Tenggara.