Apresiasi barang kemas tradisional Melayu: satu kajian mengenai budaya bahan / Nazirah Mohamad Ba’ai...[et al.]

Barang kemas merupakan barang perhiasan badan yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang berasaskan logam dan jugabukanlogam.Rekaan barang kemas kini telah dipelbagaikan dalam masyarakat Melayu di Malaysia.Penerimaan barang kemas di Malaysia didapati sejak abad ke-15 bermula di K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ba’ai, Nazirah, Khairi, Hanif, Ahmad, Hasma
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35784/1/35784.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35784/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Barang kemas merupakan barang perhiasan badan yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang berasaskan logam dan jugabukanlogam.Rekaan barang kemas kini telah dipelbagaikan dalam masyarakat Melayu di Malaysia.Penerimaan barang kemas di Malaysia didapati sejak abad ke-15 bermula di Kelantan dan Terengganu (Azah Aziz, 2006), di mana barang kemas ini juga mempunyai pelbagai fungsi selain menjadi barang perhiasan malah dijadikan sebagai koleksi dan aset. Berdasarkan kepada faktor kajian ini, amat signifikan untuk merekodkan penggunaan barang kemas yang dikategorikan sebagai Budaya Bahan (Material Culture) yang merujuk kepada sesuatu bahan artifak yang mempunyai kepercayaan, nilai, idea dan ciri-ciri masyarakat. Kajian ini merupakan pelengkap kepada penulisan dan kajian sedia ada yang telah dijalankan dalam pembuatan barang kemas yang berasaskan logam di Malaysia dengan mengikut turutan tahun yang lebih sistematik.Objektif kajian adalah merujuk kepada pendokumentasian visual rekaan barang kemas di Malaysia.Selain daripada itu kajian ini dapat mengenalpasti rekabentuk dan rekaan, serta menganalisa motif corak dalam menghiasi pembuatan barang kemas di Malaysia khususnya.Tujuan kajian adalah mendokumentasi perkembangan barangan kemas yang berasaskan logam dengan memfokuskan kepada rekabentuk dan rekacorak pembuatannya khusus kepada masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia.Hasil kajian ini akan melengkapkan dokumentasi penggunaan barang kemas tradisional Melayu sebagai apreasasi di dalam melestarikan seni warisan pertukangan Melayu di Malaysia. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa perlunya penyelidikan lebih meluas tentang kajian budaya bahan yang menjurus kepada seni barang kemas Melayu.Aspek-aspek seperti estetik, nilai-nilai rekaan dan kepercayaan melibatkan budaya Melayu perlu diberi perhatian.