Perubahan leksis kata pinjaman Cina dalam Bahasa Melayu / Soo Yew Phong

Peminjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu telah berlaku semenjak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu atas faktor perdagangan, penjajahan Barat dan penghijrahan. Dengan adanya pertembungan budaya antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina, peminjaman bahasa turut berlaku di dalam pengguna ked...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Soo, Yew Phong
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35757/1/35757.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35757/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peminjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu telah berlaku semenjak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu atas faktor perdagangan, penjajahan Barat dan penghijrahan. Dengan adanya pertembungan budaya antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina, peminjaman bahasa turut berlaku di dalam pengguna kedua-dua bahasa atas keperluan menamakan pelbagai benda dan konsep baru yang masuk ke dalam kehidupan seharian mereka. Apabila peminjaman bahasa berlaku maka perubahan bahasa juga akan berlaku terutamanya dalam aspek leksis. Perubahan leksis meliputi perubahan dari segi morfologi dan semantik. Kajian ini meninjau perubahan leksis yang berlaku apabila kata pinjaman Cina diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara perubahan leksis yang dikenalpasti berlaku dalam kata pinjaman Cina termasuk perubahan (i) makna leksikal, (ii) golongan kata dan (iii) makna nahu setelah ia menerima atau bercantum dengan unsur bahasa Melayu. Untuk perubahan makna leksikal, ada kata pinjaman mengalami penyempitan makna dan ada juga maknanya diperluaskan. Didapati bahawa perubahan golongan kata dan makna nahu leksis Cina terjadi kerana menerima imbuhan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, kata pinjaman Cina yang diserap masuk ke bahasa Melayu bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah perubahan leksis yang berlaku terhadapnya memantapkan lagi sistem komunikasi dalam bahasa Melayu sehingga menjadikannya sebagai lingua franca yang berdaya saing di Nusantara yang terdiri daripada berbilang etnik dan bangsa.