Pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau Sarawak / Salmah Omar and Rafidah Mohamad Cusairi

Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara yang tersendiri. Seperti masyarakat tradisional lain, masyarakat Melanau juga bergantung kepada perubatan tradisional untuk mengatasi masalah berkai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Salmah, Mohamad Cusairi, Rafidah
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35741/1/35741.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35741/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara yang tersendiri. Seperti masyarakat tradisional lain, masyarakat Melanau juga bergantung kepada perubatan tradisional untuk mengatasi masalah berkaitan dengan kesihatan. Kemasukan unsur-unsur perubatan moden ke dalam masyarakat Melanau tidak pula menjejaskan sepenuhnya pengetahuan dan kepercayaan mereka terhadap sistem perubatan tradisional. Keadaan ini berlaku kerana sistem itu masih diperlukan dan dipercayai keupayaannya untuk menyembuh dan mengubati sesuatu penyakit yang didapati tidak serasi dengan perubatan dan rawatan moden. Banyak terdapat kes di mana seseorang pesakit yang telah berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional sembuh dengan sepenuhnya. Pengetahuan mengenai perubatan tradisional tidak hanya terbatas kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan malah masyarakat ini juga menggunakan makhluk halus, jampi mentera dan doa-doa tertentu untuk menyembuhkan penyakit. Oleh itu, kepercayaan dan agama Islam berperanan penting dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam amalan perubatan tradisional masyarakat Melanau di Sarawak.