Program pembangunan sosio-ekonomi untuk memperkasa sara hidup golongan asnaf Melayu Muslim: tinjauan pengalaman Lembaga Zakat Selangor (LZS) / Noorsalwati Sabtu...[et al.]

Kerajaan Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan kehidupan rakyat terutamanya golongan bumiputera Melayu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah Dasar Ekonom iBaru.Selain itu agensi kerajaan seperti PUNB, PNB, TEKUN, AGRO Bank , SME Bank dan MARDI bertindak menyediakan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sabtu, Noorsalwati, Abu Hasan, Mashita, Salleh, Fatimah, Abdul Razak, Mohamad Shukran
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35688/1/35688.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35688/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerajaan Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan kehidupan rakyat terutamanya golongan bumiputera Melayu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ialah Dasar Ekonom iBaru.Selain itu agensi kerajaan seperti PUNB, PNB, TEKUN, AGRO Bank , SME Bank dan MARDI bertindak menyediakan peluang pelaburan, suntikan modal dan bantuan subsidi khususnya kepada golongan usahawan bumiputeraMelayu untuk menceburi bidang perniagaan IKS, pertanian, penternakan dan sebagainya. Lembaga Zakat Selangor LZS (MAIS) misalnya berperanan utama dalam kutipan dan agihan zakat di Selangor khususnya. Di bawah Program Pembangunan Sosio-Ekonomi (PSEA), LZS telah melaksanakan banyak aktiviti bermanfaat untuk membantu golongan asnaf yang majoritinya Melayu Muslim antaranya pemberian suntikan modal untuk membuka perniagaan kecilan seperti kedai runcit, perusahaan makanan ringan, gerai makan, bantuan van niaga dan seumpamanya. Bentuk bantuan ini telah membantu asnaf pertingkatkatkan taraf hidup mereka seterusnya Berjaya mengeluarkan mereka dari zon fakir-miskin. Pada tahun 2012 misalnya seramai 219 dari jumlah 926 asnaf fakir miskin yang menerima bantuan zakat LZS Berjaya dikeluarkan dari kepompong kemiskinan. MAIS Zakat Sdn Bhd pula telah menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM 168,000 kepada 10 usahawan asnaf melalui Program Pembangunan Sosio-Ekonomi. Kertas kerja ini bertujuan meninjausejauhmana sumbangan zakat melalui program PSEA dapat mengurangkan bebanan hidup terutamanya asnaf Melayu Muslim serta menyuntik semangat mereka berusaha memajukan diri melalui catatan agihan zakat antara tahun 2010-2014. Kajian ini diharap dapat menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan zakat dan memberi kesedaran kepada masyarakat demi merealisasikan hasrat Negara juga LZS bahkan impian asnaf untuk hidup berdikari dan berwawasan.