Hubungan perdagangan Pulau Pinang dengan Kedah dan Selangor: sorotan kajian berdasarkan surat-menyurat dengan Francis Light pada suku akhir abad ke-18 / Ibrahim Ahmad

Koleksi Surat-surat Francis Light (KSFL) merupakan antara hasil persuratan Melayu yang perlu diberi perhatian utama sebagai sumber sejarah perdagangan di Kepulauan Melayu. Hal ini disebabka surat-surat tersebut sama ada yang ditulis atau diterima oleh Francis Light dapat memberi gambaran sebenar ten...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Ibrahim
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35658/1/35658.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35658/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Koleksi Surat-surat Francis Light (KSFL) merupakan antara hasil persuratan Melayu yang perlu diberi perhatian utama sebagai sumber sejarah perdagangan di Kepulauan Melayu. Hal ini disebabka surat-surat tersebut sama ada yang ditulis atau diterima oleh Francis Light dapat memberi gambaran sebenar tentang situasi politik, ekonomi dan sosial pada masa itu. Dari aspek perdagangan KSLF dapat memberi informasi lebih jelas tentang negeri-negeri Melayu yang berdagang dengan Pulau Pinang, peraturan perdagangan dan jenis barangan yang diniagakan. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan meneliti beberapa pucuk surat berkaitan pelbagai aspek hubungan perdagangan antara Pulau Pinang dengan Kedah dan Selangor. Hal ini disebabkan terdapat banyak surat berkaitan hal ehwal perniagaan yang diterima oleh Francis Light daripada sultan dan pembesar dari kedua-dua buah negeri tersebut semasa beliau menjadi ‘Gurnadur’ di Pulau Pinang sejak tahun 1786. Sebahagian besar surat-surat ini jelas mencatatkan hal-hal pembelian, pengangkutan dan penjualan komoditi, senjata, abdi, dan candu. Kandungan surat-surat tersebut bukan sahaja menggambarkan Inggeris sebagai pentadbir yang dihormati bahkan menceritakan dengan jelas kepelbagaian aktiviti jual beli yang wujud sekitar suku akhir abad ke-18. Tuntasnya, koleksi surat-menyurat KSFL merupakan sumber sejarah bertulis yang penting bagi kedua-dua buah negeri tersebut dan menjadi titik tolak penguasaan British di Negeri-negeri Melayu lain.