Evolusi penggunaan motif dan ragam hias dalam tenunan songket / Nani Hartina Ahmad...[et al.]

Tenunan songket melambangkan ketinggian teknologi dahulu, kreativiti, sejarah,Melayu yang bertamadun tinggi melambangkan keindahan budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Masyarakat tempatan kebiasaan menilai tenunan songket dari sudut keindahan, kesenian dan pemakaiannya. Namun bagi penggemar-penggem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Nani Hartina, Md Nawawi, Norwani, Md Hashim, Siti Fairuz, Ismail, Noor Hafiza, Mohamad, Sarina
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35657/1/35657.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35657/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tenunan songket melambangkan ketinggian teknologi dahulu, kreativiti, sejarah,Melayu yang bertamadun tinggi melambangkan keindahan budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Masyarakat tempatan kebiasaan menilai tenunan songket dari sudut keindahan, kesenian dan pemakaiannya. Namun bagi penggemar-penggemar songket biasanya akan mengolah songket dari sudut keunikan dan kepelbagaian unsur, proses, teknik dan motif yang sukar diterjemahkan. Keindahan songket tidak semata-mata bergantung kepada hiasan benang emas sahaja namun gabungan kreativiti corak dan motif yang dihasilkan serta nilai emas di mata masyarakat menaikkan lagi nilai estetikanya. Para penggemar songket pada masa kini dapat menilai dan merasakan kelainan songket silam dengan yang baharu apabila mereka memerhati kaedah tenunanya dan corak-corak yang dihasilkan. Namun begitu, lewat masa kini dengan kehadiran dan kemasukan songket buatan negara luar seperti India, Pakistan dan Indonesia akan meresahkan penenun tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini turut merangkumi sejauh mana keperihatinan masyarakat Melayu kita dapat menilai kesenian tempatan berbanding dengan hasil tangan bukan orang tempatan iaitu dengan meneliti motif-motif dan ragam hias corak tenunan songket tempatan. Hingga ke hari ini, masih ramai di antara kita masih keliru dan terpedaya dengan songket import dari negara luar. Lambakan songket dari negara luar telah mengakibatkan pengusaha tempatan terancam dan membimbangkan. Kajian ini merangkumi sejauh mana penilaian masyarakat Melayu dalam melihat peredaran dan evolusi motif dan ragam hias dalam tenunan songket yang menerapkan identiti tempatan dan berkonsepkan ciri-ciri budaya kehidupan masyarakat Melayu kini.