Hukum kanun Melaka dari aspek undang-undang kekeluargaan / Zanirah Mustafa@Busu ... [et al.]

Undang-undang Melaka juga dikenali Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan undang-undang adat Melayu yang bersesuaian dengan hukum Islam. Hukum kanun Melaka dipercayai digubal bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah (1424-1444M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa@Busu, Zanirah, Abu Bakar, Suhaida, Ismail, Affendi
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35647/1/35647.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35647/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Undang-undang Melaka juga dikenali Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan undang-undang adat Melayu yang bersesuaian dengan hukum Islam. Hukum kanun Melaka dipercayai digubal bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan mula dijalankan pada zaman Sultan Muzaffar (14445-1458M) serta disusun secara teratur pada zaman Sultan Mahmud Shah (1489 M-1511M). Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam yang pertama yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad untuk digunakan di negeri Melaka. Kuasa undang-undang ini tertakluk pada seluruh Melaka dan kawasan jajahan taklukannya. Hukum kanun Melaka mempunyai 44 fasal mengenai kuasa pemerintah, hukum hakam dan pantang larang Undang-undang keluarga dalam Hukum Kanun Melaka telah mempunyai pengaruh dalam undang negeri-negeri. Aspek kekeluargaan dalam Hukum Kanun Melaka antara dibincangkan dalam kajian ini bagi melihat sejauhmana pengaruh Islam dan adat yang diguna pakai pada zaman dahulu dalam aspek kekeluargaan serta pengaruhnya kepada undang-undang lain. Metod pengkajian adalah melalui kepustakaan. Objektif kajian ini cuba melihat beberapa fasal berkaitan aspek kekeluargaan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan hal-hal perkahwinan, perwalian dan perwarisan harta serta beberapa peruntukan berkaitan dengan undang- undang perkahwinan.