Faktor ekonomi dan brain drain di negara sedang membangun / Noor Shakira Lukman

Penghijrahan tenaga mahir dari negara sedang membangun mencatatkan jumlah yang kian meningkat, dimana ia mencatatkan peningkatan sebanyak 75 juta tahun 1960 kepada 215.8 juta tahun 2010, ini disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu sama ada faktor penolak atau faktor penarik (World Bank, 2011). Migrasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lukman, Noor Shakira
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35539/1/35539.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35539/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghijrahan tenaga mahir dari negara sedang membangun mencatatkan jumlah yang kian meningkat, dimana ia mencatatkan peningkatan sebanyak 75 juta tahun 1960 kepada 215.8 juta tahun 2010, ini disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu sama ada faktor penolak atau faktor penarik (World Bank, 2011). Migrasi brain drain telah menunjukkan corak yang dominan dalam migrasi antarabangsa dimana ia menjadi salah satu aspek yang penting dalam menerangkan mobiliti pekerja di peringkat globalisasi. Faktor ekonomi negara yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak, keadaan ekonomi tidak stabil telah mendorong tenaga mahir untuk berpindah ke negara yang menawarkan peluang yang lebih baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat penentu-penentu iaitu faktor ekonomi di negara sedang membangun yang menyebabkan peningkatan brain drain. Faktor ekonomi yang digunakan adalah GDP, GDP kuasa dua, pengangguran dan inflasi, dimana sumber data diperolehi daripada World Development Indicator, World Bank. Hasil kajian menunjukkan bahawa GDP berhubungan negatif dengan brain drain manakala pengangguran dan juga inflasi berhubungan positif dengan brain drain. Kajian ini menggunakan panel data iaitu menggunakan 100 buah negara sedang membangun bagi tahun 1995 dan 2000. Kaedah kajian adalah menggunakan fixed effect, random effect, analisis korelasi dan ujian Hausman dengan menggunakan perisian EVIEWS 8.