Tokoh pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail serta perkaitannya dengan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid; panglima pembawa Silat Cekak dalam persejarahan Negeri Kedah sepanjang 1800 – 1925 / Shukri Janudin and Zaimilah Yusoff

Sejarah silam negeri Kedah hakikatnya telah melahirkan ramai tokoh pahlawan Melayu yang berperanan mempertahankan kedaulatan negeri dari pencerobohan musuh-musuh, yang mana ilmu persilatan digunakan sebagai sebahagian dari alat peperangan. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan Dato’ Seri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Janudin, Shukri, Yusoff, Zaimilah
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35347/1/35347.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35347/
https://voa.uitm.edu.my/v1/voa-issue/2019-volume-15/issue-3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejarah silam negeri Kedah hakikatnya telah melahirkan ramai tokoh pahlawan Melayu yang berperanan mempertahankan kedaulatan negeri dari pencerobohan musuh-musuh, yang mana ilmu persilatan digunakan sebagai sebahagian dari alat peperangan. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail yang dikaitkan dengan Panglima Ismail serta Panglima Tok Rashid yang terkenal mengamalkan Silat Cekak dan digunakan bagi mempertahankan kedaulatan negeri Kedah seawal abad ke 19. Namun kekurangan kajian komprehensif mengenainya menyebabkan peranan mereka jarang diketahui. Justeru kajian ini berusaha menjelaskan perkaitan peristiwa-peristiwa sejarah yang melatari negeri Kedah antara tahun 1800 hingga ke tahun 1925 bagi membuktikan peranan mereka sebagai panglima kanan dan pembawa ilmu persilatan Silat Cekak. Sepanjang tempoh tersebut pentadbiran tradisional negeri Kedah telah mengalami banyak perubahan terkesan dari campurtangan para penjajah. Kajian kualitatif bertemakan sejarah ini menggunakan kaedah trigulasi yang menggabungkan kaedah pemerhatian dan temuramah di lapangan sebagai sumber primer serta analisa dokumen sebagai sumber sekuder. Segala maklumat diperolehi telah dianalisa melalui perbandingan periksa balas dan periksa silang dengan maklumat-maklumat sekunder seperti dokumen, artikel, tesis, jurnal dan laman-laman sosial. Hasil analisa merumuskan terdapatnya perkaitan Laksamana Wan Ismail dalam sejarah negeri Kedah dengan keberadaan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid yang mengamalkan ilmu Silat Cekak di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19.