Multimedia medium pembangunan dakwah / Aiza Budin …[et al.]

Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat, khususnya kepada masyarakat Islam. la bukan sahaja sebagai agen perubahan yang memberi sumber pelbagai maklumat, bahkan jika digunakan dengan sebaiknya boleh menjadi medium yang berkesan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Budin, Aiza, Dibok, Minah, Mustari, Ruaain, Syed Alwi, Sharifah Faigah
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35168/1/35168.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35168/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi maklumat masa kini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat, khususnya kepada masyarakat Islam. la bukan sahaja sebagai agen perubahan yang memberi sumber pelbagai maklumat, bahkan jika digunakan dengan sebaiknya boleh menjadi medium yang berkesan dalam berdakwah. Islam tidak menghalang penggunaan medium komunikasi untuk manfaat pembangunan ummah. Bagi memastikan penyebaran komunikasi yang berkesan, tiga fungsi utama pancaindera manusia iaitu pendengaran, penglihatan dan hati mestilah digunakan dengan sebaik mungkin. Keutamaan kepada literasi multimedia membolehkan pemikiran kreatif dan kritis orang ramai berkembang melalui analisis dan penerbitan bahan-bahan media secara sistematik. Perkongsian maklumat berkomputer pula sangat diperlukan dalam berdakwah kerana kaedah ini lebih cepat dan mudah, murah, tiada sempadan dan interaktif Oleh yang demikian, persediaan ummah adalah sangat penting bagi mengintegrasikan multimedia dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang boleh menempatkannya sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, tarikan dan keberkesanan dakwah bukan sahaja disebabkan oleh kesesuaian pemilihan isi dan gaya persembahan, malah ia juga disebabkan oleh kesesuaian media dan saluran. Sekiranya ketigatiga ini dapat disesuaikan, maka penggunaan multimedia sebagai medium dakwah merupakan sesuatu yang sangat efektif