Kajian tinjauan mengenai kaedah pengurusan dan pengendalian program khidmat negara / Zaliha Hussin ... [et al.]

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pengurusan dan pengendalian Program Khidmat Negara (PKN) agar lebih berkesan dan mencapai objektif yang digariskan. Ini memandangkan PKN merupakan salah satu projek pelaburan kerajaan yang besar untuk membangunkan para remaja agar lebih patriot...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hussin, Zaliha, Shamsuddin, Kamal Bahrin, Ismail, Normala, Awang, Abdul Basir
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34992/1/34992.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34992/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pengurusan dan pengendalian Program Khidmat Negara (PKN) agar lebih berkesan dan mencapai objektif yang digariskan. Ini memandangkan PKN merupakan salah satu projek pelaburan kerajaan yang besar untuk membangunkan para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara. Aktiviti-aktiviti PKN merangkumi aspek fizikal, mental, pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Oleh itu, kajian ini adalah penting agar natijah dari projek ini berbaloi dengan kos besar yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Beberapa saranan kajian adalah signifikan untuk penambahbaikan PKN. Dalam metodologi kajian menerangkan data dianalisa dengan menggunakan 'Statistic Package for Social Sciences' (SPSS) versi 12.0, berdasarkan pendekatan statistik dan deskriptif. Satu set soalan soal selidik telah direkabentuk dan menggunakan kaedah temubual telah diedarkan secara persempelan rawak berstrata. Seramai 935 responden PLKN telah terpilih iaitu ia meliputi kem-kem dan di IPT A Zon Utara yang merangkumi 89 responden di UiTM Kedah, 209 responden di UiTM Perlis, 110 responden di UiTM Perak, 152 responden di USM dan 375 responden di UUM. Hasilnya ialah kajian ini berjaya mengenalpasti beberapa kaedah pengurusan yang perlu dikekalkan seperti pelaksanaan modul fizikal dan mental yang mendapat perhatian di kalangan para peserta. Hampir keseluruhan responden bersetuju bahawa PKN ini dapat membentuk sikap yang lebih positif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, kajian ini juga mendapati beberapa kelemahan aspek pengurusan yang perlu diperbaiki segera seperti pengurusan modul kemasyarakatan, disiplin, jurulatih, perhubungan, logistik, makanan, urusetia dan para peserta sendiri. Selain itu penggunaan IPT A sebagai tempat latihan selama dua bulan dan kem selama sebulan perlu dikaji semula agar segala aktiviti yang dijalankan mencapai sasaran objektif yang maksimum.