Kaedah transliterasi: Strategi pembelajaran bahasa dalam menguasai kemahiran menulis bahasa arab / Suzzana Othman, Ahmad Harith Syah Md Yusuf and Abdul Hadi Mohd Salleh

Tinjauan awal penyelidik mendapati bahawa ramai pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab di UiTM Melaka mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas, tidak cukup simbol dan hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Suzzana, Md Yusuf, Ahmad Harith Syah, Mohd Salleh, Abdul Hadi
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34922/1/34922.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34922/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tinjauan awal penyelidik mendapati bahawa ramai pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab di UiTM Melaka mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas, tidak cukup simbol dan hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas jawapan untuk soalan soalan yang melibatkan kemahiran menulis. Penyelidik ingin mengenalpasti adakah masalah ini mempunyai hubungkait dengan kaedah transliterasi yang digunapakai dalam buku teks bahasa Arab dan implikasi kaedah ini terhadap tahap penguasaan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis. Seramai 10 orang pensyarah Bahasa Arab ditemubual untuk memberikan pendapat tentang keberkesanan serta implikasi kaedah ini dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk ditemubual dan seramai 200 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab peringkat diploma daripada pelbagai program dijadikan responden untuk menjawab soalan soal selidik. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta diukur dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah transliterasi boleh dianggap sebagai pemudahcara kepada pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Arab. Namun begitu, pelajar tidak boleh bersandarkan semata-mata dengan bantuan teks transliterasi kerana ianya tidak mampu membantu pelajar menguasai kemahiran menulis dengan sempurna. Oleh yang demikian para pensyarah perlulah mengambil pendekatan yang lebih efektif seperti memberi pelbagai latihan yang kreatif yang boleh menarik minat para pelajar seterusnya membantu pelajar untuk menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Di penghujung kajian turut dibincangkan beberapa cadangan penambahbaikan teknik pengajaran pensyarah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab.