Perkhidmatan bot penambang sebagai alternatif pengangkutan dan pelancongan di Kuala Terengganu / Alifah Amanina Mohd Zaki

Bot penambang di Negeri Terengganu merupakan satu pengangkutan yang unik kerana jarang digunakan di negeri lain dan ia juga mempunyai warisan tersendiri yang harus dikekalkan hingga kini. Pengangkutan air ini bergantung kepada sumber perairan seperti sungai. Oleh itu, lokasi bandar yang berdekatan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zaki, Alifah Amanina, Mohd Kamarol Bahari, Siti Amalina
Format: Student Project
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34678/1/34678.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34678/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bot penambang di Negeri Terengganu merupakan satu pengangkutan yang unik kerana jarang digunakan di negeri lain dan ia juga mempunyai warisan tersendiri yang harus dikekalkan hingga kini. Pengangkutan air ini bergantung kepada sumber perairan seperti sungai. Oleh itu, lokasi bandar yang berdekatan dengan sungaiamat sesuai bagi dijadikan mod pengangkutan alternatif terutama di kawasan yang mengalami kesesakan lalulintas, pencemaran udara dan sebagainya. Selain itu, bot penambang berpotensi dijadikan tarikan pelancong dari luar negara serta menjadi sumber pendapatan kepada pengusaha bot, khususnya bagi penduduk setempatdimana mereka menggunakan bot penambang bagi kegunaan harian untukbergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia dijadikan sebagai salah satu jalan alternatif dari Kuala Terengganu ke Kampung Seberang Takir serta kekawasan sekitarnya. Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapiterhadap perkhidmatan bot penambang ini, iaitu dari segi isu penyelenggaraan, ciriciri keselamatan yang kurang terjamin dan tiada rangkaian perhubungan ke tempat tarikan pelancongan sekitar. Oleh itu, kajian ini dijalankan mengikut lima peringkat iaitu mengenalpasti isu dan masalah dan pembentukan matlamat serta objektif,kajian teoritikal, kaedah pengumpulan data, menganalisis data dan penemuan, dan cadangan dan rumusan. Bagi kajian akhir ini juga, terdapat tiga kaedah kajian yang digunakan iaitu kaedah pengamatan, kaedah temubual dan kaedah soal selidik.Kaedah pengamatan dilakukan oleh pengkaji sendiri dengan melihat dan memantau perkhidmatan bot penambang. Manakala kaedah temubual pula adalah kaedah yang melibatkan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Persatuan Bot Penambang Seberang Takir dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kaedah soal selidik dijalankan keatas responden iaitu penumpang, pelancong dan pemandu bot penambang.Dengan adanya perkhidmatan bot penambang di Kuala Terengganu, orang ramaidapat membuat pilihan bagi penggunaan pengangkutan awam yang mudah dansenang. Bagi menarik penumpang memilih pengangkutan air ini, terdapat beberapa cadangan yang dibuat seperti mencantikkan keadaan bot, meningkatkan keselamatan dan keselesaan bot, mengadakan promosi pengangkutan air, dan sebagainya. Dengan adanya pelbagai kelebihan bot penambang, ia berpotensi untuk dikekalkan dan dimajukan sebagai mod pengangkutan di Negeri Terengganu.