Filial Piety (Xiao) sebagai teras pembinaan identiti komuniti Cina / Wan Norhasniah Wan Husin
Penulisan ini akan mengkaji kedudukan nilai filial piety sebagai teras pembentukan identiti komuniti Cina. Dari kajian-kajian lalu didapati nilai inilah yang berperanan membina kehidupan bermoral yang terungkap dalam hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan. Ia juga berperanan mengukuhkan kemunculan ni...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33747/1/33747.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33747/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penulisan ini akan mengkaji kedudukan nilai filial piety sebagai teras pembentukan identiti komuniti Cina. Dari kajian-kajian lalu didapati nilai inilah yang berperanan membina kehidupan bermoral yang terungkap dalam hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan. Ia juga berperanan mengukuhkan kemunculan nilai keunggulan, kecinaan yang tegar dan pragmatis yang terpupuk hasil dari penyebatian dengan norma sosial yang bersandarkan kepada idea falsafah (sagehood), idea kinship (persanakan) dan idea son of heaven (t′ien-tzu-wakil tuhan) serta pengaruh persekitaran geografi. Menerusi gabungan ketiga-tiga nilai ini dengan norma sosial, persekitaran geografi dan hubungan yang bertimbal balik dengan unsur-unsur kehidupan Cina iaitu bahasa, budaya, pendidikan, ekonomi, politik dan sosial, identiti mereka telah terbina secara umum. Dapatan dari kajian ini ialah nilai filial piety berperanan utama membentuk identiti komuniti Cina dan pendominasiannya difahami dengan mengkaji hubungan sosial sama ada sesama mereka ataupun dengan komuniti bukan Cina. Malah dapatan ini juga boleh diperkukuhkan dengan mengkaji pergaulan mereka dengan komuniti bukan Cina di negara-negara yang dihijrahi seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia. |
---|