Kajian pengurusan sisa pepejal dan komposisi bahan kitar semula di seluruh Negeri Perlis / Masyitah Md Nujid, Nurjuhanah Juhari and Juliana Martin

Sampah yang dihasilkan di negeri Perlis dianggarkan mencecah 200 tan/hari iaitu 200,000kg/hari (Hisham, MPK, 2008). Hal ini memerlukan keluasan tanah yang besar untuk tujuan pelupusan. Mengubah aliran sisa dengan mengeluarkan bahan kitar semula darinya bukan sahaja memperbaiki sistem pengurusa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Nujid, Masyitah, Juhari, Nurjuhanah, Martin, Juliana
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA 2010
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3226/1/LP_MASYITAH%20MD%20NUJID%2010_5%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3226/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sampah yang dihasilkan di negeri Perlis dianggarkan mencecah 200 tan/hari iaitu 200,000kg/hari (Hisham, MPK, 2008). Hal ini memerlukan keluasan tanah yang besar untuk tujuan pelupusan. Mengubah aliran sisa dengan mengeluarkan bahan kitar semula darinya bukan sahaja memperbaiki sistem pengurusan sisa pepejalnya sahaja bahkan membantu kearah pemeliharaan alam sekitar di Negeri Perlis khususnya. Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula yang menyumbang kepada penyelesaian permasalahan tapak pelupusan dan pemeliharaan alam sekitar serta cadangan bagi mengatasi permasalahan yang berlaku di negeri Perlis terutamanya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menganggar komposisi bahan kitar semula dari sisa pepejal yang dijana di Negeri Perlis, menganggar jumlah pengurusan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan sekiranya kitar semula diamalkan di Negeri Perlis, mengenalpasti fasiliti kitar semula yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kangar serta menyenaraikan faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan aktiviti kitar semula di Negeri Perlis. Kaedah yang digunakan adalah melalui edaran 1000 borang soal selidik dan audit sisa di mana komposisi sampah yang dibuang di asingkan mengikut kategori bagi tiga kawasan kajian iaitu Arau, Kangar dan Kuala Perlis. Hasil daripada kajian didapati tahap pengurusan sampah dan kesedaran penduduk negeri Perlis berada di tahap sederhana manakala Kuala Perlis merupakan daerah yang paling banyak menyumbang kepada jumlah komposisi bahan kitar semula yang tertinggi.