Wakaf tunai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah di Malaysia / Surita Hartini Mat Hassan and Dr. Mohd Nasir Ayub

Wakaf berperanan penting dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam. Masalah kekurangan dana dan sumber kewangan menyebabkan harta wakaf di Malaysia tidak dapat dibangunkan. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya pengabaian terhadap aset negara yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Hassan, Surita Hartini, Nasir Ayub, Dr. Mohd
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31370/1/AJ_SURITA%20HARTINI%20MAT%20HASSAN%20VOA%20K%2016.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31370/
https://voa.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wakaf berperanan penting dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam. Masalah kekurangan dana dan sumber kewangan menyebabkan harta wakaf di Malaysia tidak dapat dibangunkan. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya pengabaian terhadap aset negara yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi ummah. Kini telah wujud pelbagai kaedah mendapatkan dana membangunkan harta wakaf, salah satu daripadanya ialah melalui instrumen wakaf tunai. Namun begitu, golongan ulama mempunyai pandangan yang berbeza mengenai keharusan wakaf tunai kerana secara semulajadinya wang akan habis apabila digunakan dan amat bertentangan dengan syarat mengekalkan harta wakaf bagi manfaat ummah. Walau bagaimanapun, di Malaysia pelaksanaanya telah diharuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Justeru kajian ini ingin mengenalpasti instrumen wakaf tunai yang di laksanakan di Malaysia dan kesan pelaksanaannya terhadap sosioekonomi ummah. Data yang diperoleh dari sumber kepustakaan ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati instrumen wakaf tunai yang diamalkan di Malaysia terdiri daripada Saham Wakaf, Wakaf Saham, Wakaf Kaki, Wakaf Wang Tunai dan sebagainya. Kajian juga mendapati wakaf tunai berjaya menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi ummah dan dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan, kesihatan, kerohanian dan ekonomi.