Barisan Nasional di ruang maya: Isu-isu Berbangkit di Facebook menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar ...[et al.]

Laman sosial Facebook kini menjadi fenomena sejagat yang mempengaruhi kehidupan manusia. Penggunaannya yang meluas, tuntas dan pantas menjadikan ruang ini umpama satu medium untuk merevolusikan cara maklumat disebarkan. Kewujudan Facebook pada asalnya digunakan bagi tujuan sosial kini telah menj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed @ Bakar, Badrul Azmier, Andin Salamat, Azni Syafena, Abd Muis, Mujibu, Aminuddin, Adnan, Yaacob, Mahazril ‘Aini, Kamarunzaman, Nur Zafifa
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2011
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30950/1/AJ_BADRUL%20AZMIER%20MOHAMED%20%40%20BAKAR%20VOA%20K%2011.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30950/
https://voa.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laman sosial Facebook kini menjadi fenomena sejagat yang mempengaruhi kehidupan manusia. Penggunaannya yang meluas, tuntas dan pantas menjadikan ruang ini umpama satu medium untuk merevolusikan cara maklumat disebarkan. Kewujudan Facebook pada asalnya digunakan bagi tujuan sosial kini telah menjangkaui fungsi asasnya. Penggunaannya bukan hanya menjadi ruang untuk berniaga malah turut berperanan sebagai platform untuk berpolitik. Jika keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang tidak mengejutkan itu didakwa kerana peranan blog, maka Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin bakal menyaksikan kuasa baru di ruang maya iaitu Facebook dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti dalam persaingan politik di Malaysia. Penubuhan beberapa laman di facebook yang secara terbuka membantah langkah yang diambil oleh parti pemerintah menjelaskan peningkatan peranan politik yang dimainkan oleh laman sosial ‘1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower’. Laman ini merupakan sebuah laman terkini yang menjadi perbualan bukan hanya di ruang maya, malah juga di ruang nyata. Apa yang menarik, laman tersebut telah mencatat sejarah apabila sebuah ‘demonstrasi’ telah dilakukan oleh lebih 100,000 rakyat Malaysia di ruang maya. Justeru, penulisan ini memberi kesempatan untuk meninjau secara sepintas lalu isu-isu yang dibangkitkan di ruang maya yang mungkin berbeza dari ruang sebenar.