Pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani / Hadenan Towpek
Kajian ini adalah mengenai pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab Furu’ al-Masa’il dan relevansinya dengan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini mempunyai lima objektif, iaitu menerangkan biografi pengarang; mengenalpasi konsep pemikiran ekonomi Islam dan potensi ulama Melayu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30406/1/30406.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30406/ https://jcis.uitm.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah mengenai pemikiran ekonomi Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab Furu’ al-Masa’il dan relevansinya dengan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini mempunyai lima objektif, iaitu menerangkan biografi pengarang; mengenalpasi konsep pemikiran ekonomi Islam dan potensi ulama Melayu sebagai pemikir ekonomi; merumuskan perbincangan mengenai kontrak muamalat dalam kitab Furu’ al-Masa’il; mengenalpasti amalan kontrak muamalat dalam perbankan Islam di Malaysia; dan menganalisis relevansi kontrak muamalat Syeikh Daud al-Fatani dengan amalan kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini menghasilkan lima dapatan. Pertama, kehebatan dan keistimewaan tokoh ini bersumberkan aspek rihlah ‘ilmiyyah dan aspek kepengarangan. Kedua, bidang pemikiran ekonomi Islam adalah berasaskan landasan ijtihad, dan kemantapan idea dan kebijaksanaan sarjana. Ketiga, kemantapan kitab Furu’ al-Masa’il pada bab muamalat. Keempat, asas kekuatan muamalat perbankan Islam di Malaysia adalah dari aspek penubuhan institusi perbankan Islam itu sendiri, dan doktrin menolak riba serta mengembang akad muamalat. Kelima, analisis relevansi akad muamalat Syeikh Daud al- Fatani dengan amalan akad muamalat perbankan Islam Malaysia dapat dirumuskan kepada aspek kefahaman dan definisi, dan aspek aplikasi. |
---|