Keberkesanan kepimpinan berkarisma melalui aspek jasmani dan rohani yang patuh syariah dalam kalangan pelajar universiti / Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam, Hasan Al-Banna Mohamed dan Mohd Hamran Mohamad

Kepimpinan adalah merupakan tunjang utama kejayaan bagi pentadbiran sesebuah organisasi. Tanpa keutuhan dalam pucuk pimpinan, pastinya sukar untuk diwujudkan keberkesanan dalam pentadbiran yang dijalankan. Oleh yang demikian, proses pembentukan pemimpin adalah merupakan elemen utama yang seharusnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sarkam, Mohd Kamarul Amree, Mohamed, Hasan Al-Banna, Mohamad, Mohd Hamran
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30335/1/30335.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30335/
https://jcis.uitm.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepimpinan adalah merupakan tunjang utama kejayaan bagi pentadbiran sesebuah organisasi. Tanpa keutuhan dalam pucuk pimpinan, pastinya sukar untuk diwujudkan keberkesanan dalam pentadbiran yang dijalankan. Oleh yang demikian, proses pembentukan pemimpin adalah merupakan elemen utama yang seharusnya dititikberatkan dalam melahirkan seorang pemimpin berkarisma tinggi. Perkara utama yang perlu dinilai ialah keseimbangan dalam diri individu yang melibatkan aspek jasmani dan rohani yang mematuhi keperluan syariah. Justeru, kertas kerja ini bertujuan membincangkan konsep penyelidikan yang dijalankan melalui gabungan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Menerusi kajian ini juga, kedua-dua aspek tersebut akan diterokai secara mendalam bagi menjelaskan pemahaman yang tepat dalam konteks kepimpinan pelajar. Hasil penerokaan tersebut akan diperluaskan dengan melihat tahap siginifikan masing-masing dengan kelestarian pemimpin berkarisma dalam kalangan pelajar universiti. Secara dasarnya, kedua-dua aspek insaniah iaitu jasmani dan rohani berupaya mendatangkan impak dan pengaruh yang besar terhadap kelestarian pemimpin berkarisma dalam kalangan pelajar universiti agar sentiasa mematuhi kehendak syariah Islamiyyah.