Strategi kreatif iklan politik Barisan Nasional Pilihan raya umum ke-12 : Makna dan ideologi / Suhaimee Saahar and Fuziah Kartini Hassan Basri

Wacana mengenai keputusan dan impak pilihan raya umum (PRU) ke-12 Malaysia masih lagi hangat diperbincangkan oleh rakyat Malaysia. Kekalahan Barisan Nasional di beberapa kerusi Parlimen menandakan bahawa wujudnya satu isyarat daripada pengundi Malaysia terhadap kepimpinan yang diterajui oleh Datu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saahar, Suhaimee, Hassan Basri, Fuziah Kartini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3011/1/SP_SKI0856.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/3011/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wacana mengenai keputusan dan impak pilihan raya umum (PRU) ke-12 Malaysia masih lagi hangat diperbincangkan oleh rakyat Malaysia. Kekalahan Barisan Nasional di beberapa kerusi Parlimen menandakan bahawa wujudnya satu isyarat daripada pengundi Malaysia terhadap kepimpinan yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya kali ini. BN hanya mampu mempertahankan 140 kerusi Parlimen sahaja. Jelas sekali keputusan kali ini menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam Parlimen. Pada pilihan raya kali ini, dilihat tempoh berkempen selama 13 hari memberikan peluang kepada parti-parti politik yang bertanding menggerakkan jentera pilihan raya masingmasing bagi berkomunikasi dan membujuk pengundi melalui saluran-saluran komunikasi yang sedia wujud. Media massa juga turut memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat politik dan salah satu komponen penting dalam kempen pilihan raya adalahpenggunaan iklan-iklanpolitik bercetakyang disiarkan dalam media massa perdana. Penggunaan iklan-iklan politik semasa pilihan raya bukannya sesuatu yang baru, ia telah digunakan secara meluas dalam PRU ke-11. Iklan-iklan politik semasa pilihan raya juga turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengundi di samping menterjemahkan manifesto sesebuah parti ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan menarik. Pada pilihan raya kali ini, sebanyak 11 siri iklan politik BN bercetak telah disiarkan dalam media massa perdana. Strategi kreatif merupakan elemen penting dalam membina sesebuah iklan dan para pengiklan harus memahami beberapa perkara penting sebelum membina iklan bagi memastikan mesej yang disampaikan kepada sasaran khalayak adalah jelas dan tepat. Dalam periklanan politik, penggunaan iklan-iklan politik dalam pilihan raya adalah merupakan salah satu aspek terpenting. Khalayak sasaran dalam periklanan politik adalah berbeza berbanding dengan sasaran khalayak dalam pasaran komersial. Namun begitu dalam konteks pemasaran politik, strategi pemasaran politik dirancang mengikut keadaan sosio-politik semasa agar strategi komunikasi dan periklanan politik dapat dibentuk dengan jelas, tepat dan berkesan. Oleh itu, kertas kerja ini akan menggunakan kaedah analisis semiotik bagi menganalisis iklan-iklan politik cetak BNyang telah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bagi memahami strategi kreatif yang digunakan dari sudut penggunaan dan kesesuaian elemen-elemen kreatif terpilih seperti tajuk utama, tajuk kecil, kapi iklan, badan kapi, dan ilustrasi yang digunakan