Penambahbaikan penyediaan Laporan Latihan Industri melalui Sistem Repositori Laporan dan Kit Latihan Industri (enhancing the preparation of Industrial Training Report through Report Repository System and Industrial Training Kit) / Salliza Md Radzi … [et al.]

Kursus Latihan Industri (IMC690) merupakan kursus wajib yang harus diambil oleh pelajar semester 7 bagi program Pengurusan Sistem Maklumat (IM245). Kursus ini membawa pemberat jam kredit yang tinggi iaitu 12 jam kredit. Terdapat empat (4) bahagian yang dinilai dan penyumbang markah sebanyak 40% adal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Radzi, Salliza, Razlan, Noor Masliana, Hamidon, Huda, Fadzil, Faizal Haini, Arshad, Izzatil Husna, Mohd Zawawi, Mohd Zafian, Alias, Noor Rahmawati, Chik, Nor Kamariah, Abdul Hamid, Haslinda, Mohamad Rosman, Mohamad Rahimi, Mohd Salleh, Mohd Idzwan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press), Universiti Teknologi MARA 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29977/1/29977.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29977/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kursus Latihan Industri (IMC690) merupakan kursus wajib yang harus diambil oleh pelajar semester 7 bagi program Pengurusan Sistem Maklumat (IM245). Kursus ini membawa pemberat jam kredit yang tinggi iaitu 12 jam kredit. Terdapat empat (4) bahagian yang dinilai dan penyumbang markah sebanyak 40% adalah pada laporan akhir latihan industri. Masalah berlaku apabila pelajar tidak dapat menyiapkan laporan mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti. Natijahnya, laporan lewat dihantar, laporan lewat disemak dan markah laporan rendah telah memberi kesan terhadap pelajar dan pensyarah. Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengurangkan peratus kelewatan penghantaran laporan latihan industri. Kajian ini mengenengahkan dua (2) projek inovasi kreatif iaitu pembangunan Sistem Repositori Laporan Latihan Industri (ITR2) dan penghasilan Kit Latihan Industri (IT Kit) sebagai kaedah penyelesaian masalah. Berdasarkan dapatan kajian, peratusan kelewatan penyediaan laporan akhir IMC690 telah berjaya diturunkan daripada 60% kepada 0% dan secara tidak langsung telah mendorong kepada peningkatan peratusan markah laporan akhir melebihi paras 30%. Hasil kedua-dua inovasi ini telah terbukti sebagai sumber rujukan komprehensif yang telah berjaya membantu pelajar dalam menghasilkanlaporan yang berkualiti dan mengikut piawaian.