Hubungan Malaysia-China dalam isu Laut China Selatan : satu analisis / Saiful Zizi Jalil, Azwan Ahzran Perman and Zuraidah Zaaba

Malaysia adalah sebuah negara baru sedang membangun dan aspek keselamatan adalah obligasi utama bagi mengekalkan kedaulatan negara. Dalam konteks masa kini, satu konflik yang terus menjadi perhatian Malaysia adalah konflik yang berlaku di Laut China Selatan. Potensi yang ada pada perairan antaraban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jalil, Saiful Zizi, Perman, Azwan Ahzran, Zaaba, Zuraidah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28943/1/AJ_SAIFUL%20ZIZI%20EAJ%20P%20%282020%29.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28943/
https://ejssh.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia adalah sebuah negara baru sedang membangun dan aspek keselamatan adalah obligasi utama bagi mengekalkan kedaulatan negara. Dalam konteks masa kini, satu konflik yang terus menjadi perhatian Malaysia adalah konflik yang berlaku di Laut China Selatan. Potensi yang ada pada perairan antarabangsa ini menerusi kedudukannya yang strategik serta sarat dengan sumber alam telah menyebabkan akses kepadanya menjadi rebutan pelbagai pihak sekaligus meletakkan Laut China Selatan pada kedudukan teratas agenda kepentingan nasional negara-negara penuntut. Dengan mekanisma undang-undang terus menemui jalan buntu dalam menyelesaikan konflik Laut China Selatan yang berbentuk berpanjangan (protracted) dan multilateral ini, telah menyebabkan amalan diplomasi menjadi teras utama yang mengawal dinamik pertelingkahan di perairan tersebut. Dalam konteks ini, makalah ini akan berfokus kepada hubungan Malaysia bersama China sebagai negara kuasa besar utama yang mempunyai pengaruh besar dalam menentukan dinamik pertelingkahan tuntutan bertindih di perairan tersebut. Kajian berbentuk kualitatif ini akan berfokus kepada era pentadbiran Najib Razak dimana beliau dilihat berhadapan dengan suasana politik yang berbeza dan lebih menekan pada kedua-dua peringkat domestik serta antarabangsa berbanding kepimpinan terdahulu. Di penghujung kajian ini mendapati bahawa hubungan Malaysia-China adalah lebih bersifat holistik dan berbentuk dua hala dengan mengambil kira pembolehubah-pemboleh ubah yang berlaku di kedua-dua peringkat domestik dan antarabangsa, serta adalah pragmatik kepada sifat negara kecil atau sederhana seperti Malaysia untuk menempatkan diri dalam percaturan politik di peringkat antarabangsa.