CSETT memudahkan proses penyediaan jadual waktu kuliah / Zaimi Mohamed … [et al.]

Antara langkah-langkah aw al yang sangat penting dalam proses penyediaan jadual waktu kuliah adalah mengenal pasti kursus-kursus yang perlu ditawarkan dan menentukan bilangan kumpulan yang perlu dibuka bagi setiap kursus. Kesilapan yang berlaku pada peringkat awal ini bukan sahaja akan menimbulkan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Zaimi, Abdul Manaf, Suhaily Maizan, Abdullah, Sholehah, Hamzah, Siti Fatimah Mardiah, Affandi, Salwani, Mohamad Azmin, Nur Azwani, Azlan, Nik Noor Afizah, Omar, Hapiza, Ismail, Fathiyah
Format: Article
Language:English
Published: Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26949/1/AJ_ZAIMI%20MOHAMED%20JURIM%2018.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26949/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Antara langkah-langkah aw al yang sangat penting dalam proses penyediaan jadual waktu kuliah adalah mengenal pasti kursus-kursus yang perlu ditawarkan dan menentukan bilangan kumpulan yang perlu dibuka bagi setiap kursus. Kesilapan yang berlaku pada peringkat awal ini bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada para pelajar malahan akan mengganggu banyakpihak Kes-kes kesilapanpenetapan bilangan kumpulan kuliah yang sering berlaku pada setiap semester menyebabkan sebilangan pelajar tidakdapat mendaftar kursus manakala kes-kes bilangan kumpulan yang dibuka melebihi keperluan pula menyebabkan pensyarah yang terlibat membazir masa di kelas-kelas kosong. Situasi yang berlaku juga memberi tekanan kepada para pensyarah yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa jadual waktu kuliah kerana kekerapan pindaan jadual waktu dan tugastugas ad-hoc yang perlu dilakukan memaksa mereka menangguhkan kuliah. Berpandukan Program Transformasi Universiti Teknologi MARA (TRANS4U), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), UiTMCawangan Terengganu telah mengambil inisiatifuntuk meneliti masalah yang berlaku seterusnya mencadangkan langkah penambahbaikan kepada proses yang berkaitan. Berdasarkan punca-punca masalah yang telah dianalisis serta beberapa cadangan yang dikemukakan, sistem pengurusan data secara elektronik yang dikenali sebagai Course Setting and Tracking System (CSETT) telah dibangunkan. CSETT memudahkan para pelajar membuat perancangan pengajian secara seragam dan sistematik serta menyediakan maklumat terkini berkenaan keperluan kursus untuk kegunaan Pentadbir Akademik dan pihak-pihak yang berkenaan. Dengan maklumatyang tepat serta mudah dicapai proses penyediaanjadualwaktu kuliah dapat dilakukan dengan lebih tepat dan cepat. Keberkesananprojek terbukti apabila tempoh penyediaan Jadual Waktu Kuliah dapat dikurangkan daripada 14 hari kepada tujuh hari.