Kajian penggunaan internet di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (zon utara) / Mahadi Mahmood…[et al.]

Kewujudan Internet telah banyak menukar corak kehidupan masyarakat masa kini. Internet telah membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses maklumat dengan lebih cepat samada maklumat yang berguna atau pun maklumat yang boleh merosakkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Di dalam bidang pendidikan, l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahmood, Mahadi, Syed Ahmad Alhady, Syed Mohammed Alhady, Bujang, Arshad, Abdul Malik, Anis Faradella
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institude 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26576/1/LP_MAHADI%20MAHMOOD%20RMI%20K%2005_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26576/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewujudan Internet telah banyak menukar corak kehidupan masyarakat masa kini. Internet telah membolehkan manusia berinteraksi dan mengakses maklumat dengan lebih cepat samada maklumat yang berguna atau pun maklumat yang boleh merosakkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Di dalam bidang pendidikan, ledakan maklumat di dalam Internet ditambah dengan kemudahan mengakses maklumat melalui Internet yang semakin mudah menyebabkan penggunaannya semakin hari semakin popular di kalangan pelajar. Penggunaan Internet telah banyak membantu para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam bidang pengajian mereka disamping sebagai suatu alat untuk mereka berkomunikasi diantara satu sama lain dengan lebih cepat dan murah. Kajian “Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar UiTM Zon Utara” ini dilakukan dengan matlamat untuk melihat sejauhmana prasarana Internet yang telah disediakan oleh pihak pengurusan UiTM dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dalam bidang pengajian masing-masing. Disamping itu kajian ini juga dapat melihat trend penggunaan Internet di kalangan pelajar samada lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti akademik atau pun lebih kepada rekreasi dan juga penyalahgunaan.