Analisa sistem keselamatan kebakaran pada stadium tertutup (kes kajian: Stadium Putra, Bukit Jalil dan Stadium Malawati, Shah Alam) / Robiah Abdul Rashid
Stadium merupakan satu tempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti manusia yang mana penggunaannya melibatkan jumlah manusia yang ramai dalam satu masa. Walaubagaimanapun, stadium juga seperti bangunan-bangunan lain dimana stadium juga turut terdedah kepada risiko kebakaran yang sukar dijangka kejadia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26443/2/26443.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26443/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Stadium merupakan satu tempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti manusia yang mana penggunaannya melibatkan jumlah manusia yang ramai dalam satu masa. Walaubagaimanapun, stadium juga seperti bangunan-bangunan lain dimana stadium juga turut terdedah kepada risiko kebakaran yang sukar dijangka kejadiannya. Kebakaran ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda terhadap manusia. Oleh itu, amatlah penting setiap individu dapat melepaskan diri masing-masing dengan selamat apabila berlakunya kebakaran. Apabila berlaku kebakaran, suasana di tempat kejadian sayu dengan suara tangisan, raungan serta wajah-wajah yang dipenuhi ketakutan malah ada yang pengsan. Di satu sudut, ada mangsa yang menyalahkan pihak bomba kerana gagal menyelamatkan harta benda dan nyawa mangsa yang terlibat. Senario sebegini lazim berlaku. Belum sempat pasukan bomba mengambil tindakan, segala-galanya telah hangus dijilat api yang marak. Keadaan sebegini boleh berlaku jika masyarakat tidak mengetahui sains kebakaran yang menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk mencegah kebakaran. Analisa sistem keselamatan kebakaran pada stadium tertutup Antara faktor-faktor keselamatan yang perlu diambilkira adalah keselamatan pengguna daripada kebakaran, keselamatan struktur bangunan tersebut dan Iain-lain ciri keselamatan bangunan. Fokus utama dalam dissertasi ini adalah berkaitan dengan kepentingan sistem keselamatan kebakaran kepada pengguna sesebuah bangunan stadium tertutup. Bangunan jenis ini sesungguhnya memerlukan satu sistem keselamatan kebakaran yang efisien. Ini adalah disebabkan fungsi bangunan itu sendiri yang mana melibatkan jumlah pengguna yang ramai. Kegagalan sesuatu sistem keselamatan kebakaran dalam bangunan seperti ini akan mengakibatkan bencana yang buruk yang melibatkan beratus-ratus atau beribu-ribu orang terkorban. |
---|