Laporan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Penerangan Pelancongan Melaka di Bangunan Bastion House, Jalan Kota, Bandar Hilir, Melaka / Mohd Hairul Taib

Projek akhir saya ini merupakan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Melaka di Bastion House, Jalan Kota, 75000 Melaka.Tujuan projek ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan tarikan pelancongan secara menyeluruh di negeri Melaka. Tujuan utama pengkajian ini adalah unt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Taib, Mohd Hairul
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26023/2/26023.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir saya ini merupakan cadangan merekabentuk dalaman Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Melaka di Bastion House, Jalan Kota, 75000 Melaka.Tujuan projek ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan tarikan pelancongan secara menyeluruh di negeri Melaka. Tujuan utama pengkajian ini adalah untuk memberi pendekatan baru kepada sesebuah pusat penerangan pelancongan di Melaka berbanding pusat penerangan sedia ada. Dengan adanya pendekatan baru ini, ia dapat membuka mata pelancong asing yang datang ke negeri Melaka. Kaedah pengkajian yang dijalankan terhadap projek ini berdasarkan pemerhatian terhadap pusat penerangan pelancongan di negeri lain dan ini dapat menyelesaikan masalah merekabentuk dalaman pusat penerangan ini dan dapat melakukan sebarang pembaharuan bagi kemudahan dan keselesaan para pengguna. Perkembangan semasa Melaka menyaksikan kecenderungan perekabentuk-perekabentuk mengambil bentukbentuk objek tertentu ( terutamanya objek tradisional ) untuk dijadikan metafora rekabentuknya. Jika diteliti dengan jelas bahawa metafora yang digunakan itu selalunya cetek dan tiada asas sama sekali serta lari dari konsep ruang dan masa. Sebagai sebuah tempat informasi yang berorientasikan kesenian adalah wajar bagi pusat penerangan ini bebas dari kongkongan pemikiran yang demikian. Justeru itu satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk pusat penerangan pelancongan ini. Diharap rekabentuk ini memberi manfaat pada semua sama ada pelancong mahupun negara