Cadangan menaik taraf rumah rehat Kuala Kangsar di Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan / Siti Norizyan Che Mat

Cadangan menaik taraf rumah rehat Kuala Kangsar ini adalah merupakan sebuah projek untuk Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Perak. Projek ini dijalankan untuk memperluaskan lagi sektor ini dengan memperkenalkan konsep yang baru dalam menaik taraf rumah rehat ini kepada para pengunjung. Kemudahan-kemud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Mat, Siti Norizyan
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2008
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24909/1/PPd_SITI%20NORIZYAN%20CHE%20MAT%20AP%2008_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24909/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cadangan menaik taraf rumah rehat Kuala Kangsar ini adalah merupakan sebuah projek untuk Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Perak. Projek ini dijalankan untuk memperluaskan lagi sektor ini dengan memperkenalkan konsep yang baru dalam menaik taraf rumah rehat ini kepada para pengunjung. Kemudahan-kemudahan ini bertujuan untuk memajukan sektor pelancongan. Kebanyakkan reka bentuk.imej dan konsep yang ditonjolkan dalam seni bina adalah gaya seni bina tempatan dan bersahaja. Antara metadologi kajian yang dijalankan adalah melalui temuramah, pemerhatian, bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah, soal selidik dan temuramah. Antara cadangan menaik taraf ruang untuk projek ini adalah seperti kaunter, lobi dan informasi, pejabat pengurusan, bilik persidangan, restoran dan pelbagai jenis bilik. Tapak lokasi terletak berhampiran dengan Sungai Perak iaitu jalan menuju ke arah Istana Sultan Perak dari Bandar Kuala Kangsar. Hasil utama kajian ini adalah meliputi informasi mengenai isu-isu dan permasalahan dalam sektor penginapan dan pelancongan. la juga mengandungi kehendak dan keperluan setiap pelancong. Dengan adanya tempattempat penginapan seperti hotel, ’resort’, rumah rehat dan ‘guesthouse’ ini dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang dan menikmati keindahan di situ. Ini juga dapat memberi peluang kepada pengunjung yang datang bercuti bersama keluarga dan rakanrakan untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Disamping itu juga ini dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain.