Laporan cadangan merekabentuk ruangan dalaman butik pakaian untuk pereka fashion Rizalman Ibrahim di lot 65, 66, 67 Tingkat Satu Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur. / Norkhazlin Jamil
Tujuan laporan akhir ini dibuat untuk mengkaji, bagi projek akhir Diploma Senibina Dalaman ialah Cadangan Merekabentuk Dalaman butik pakaian untuk Rizalman Ibrahim di atas Lot 65, 66 dan 67 , tingkat 1, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur Sebelum menjalankan laporan ini, pelbag...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24727/2/24727.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24727/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan laporan akhir ini dibuat untuk mengkaji, bagi projek akhir Diploma Senibina Dalaman ialah Cadangan Merekabentuk Dalaman butik pakaian untuk Rizalman Ibrahim di atas Lot 65, 66 dan 67 , tingkat 1, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur Sebelum menjalankan laporan ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut peringkat tertentu. Pelbagai prosedur perlu diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman dan termasuklah persekitaran luar tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini adalah mengenal pasti setiap masalah di tapak cadangan dan persekitarannya. Ini adalah penting kerana ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak supaya sesuai dengan yang dicadangkan. Kajian dilakukan adalah dari pelbagai aspek bermula daripada lantai sehinggalah siting. Selain itu juga, kajian terhadap kedai komersial lain juga perlu diambil kira sebagai kajian kes terhadap projek ini yang mana ianya mempunyai hubungkait dengan projek yang dicadangkan. Sehubungan dengan itu, Kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan dalam proses rekabentuk yang selesa dan menarik, di samping mewujudkan imej dan gaya yang tersendiri. Justeru itu juga, satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum rekabentuk cadangan ruang yang baru. Beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk memastikan ruang yang dicadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pelanggan. Keselesaan pelanggan juga amat penting agar pelanggan tersebut dapat menikmati ruang dengan lebih selesa. Selain daripada faktor-faktor di atas, faktor psikologi ruang juga memainkan peranan dengan elemen-elemen yang di muatkan di dalam ruang-ruang tersebut agar pelanggan lebih bersemangat untuk terus membeli belah dalam premis tersebut. Secara kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal dijalankan ini haruslah menepati ciri-ciri kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Lantaran itu, diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada semua individu, masyarakat dan negara. |
---|