Laporan kajian akhir cadangan rekabentuk dalaman Bilik Pameran Hummer di No 18, Jalan Pelukis U1/46,41050 Shah Alam, Selangor / Muhammad Nor Al-Hafiz Jaafar Sidek

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi proj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaafar Sidek, Muhammad Nor Al-Hafiz
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24702/1/PPd_MUHAMMAD%20NOR%20AL-HAFIZ%20JAAFAR%20SIDEK%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24702/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini iaiah cadangan reka bentuk skima baru bagi bilik pameran Hummer yang berlokasi di No. 18, Jalan Pelukis U1/46, Seksyen U1, 40150 Bandar Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Dengan terhasilnya ruang pameran yang baru bagi Hummer adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej Hummer dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua - dua ruang iaitu bahagian luar dan dalam untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij ruang pameran tersebut. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej koprat Hummer samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep tiada sempadan dan imej moden dan bertenologi juga diterapkan untuk mendapatkan satu imej yang baru, sesuai dan dapat ditonjolkan di dalam rekaan serta bersesuaian dengan identiti Hummer