Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang pamiran Subaru Motorsports untuk Mutiara Motors di Lot 24671 Jalan Duta Kiara, Kuala Lumpur / Mohd Ghadzali Kamal
Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24680/1/PPd_MOHD%20GHADZALI%20KAMAL%20AP%2009_5.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24680/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan reka bentuk skima baru bagi Mutiara Motors Sdn. Bhd. yang akan menjadikan Subaru sebagai produk utama. Bertempat di Lot 24671, Jalan Duta Kiara, Kuala Lumpur. Tujuan utama projek ini adalah merekabentuk dan merancang ruang dengan lebih sistematik dan berfungsi serta dapat memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan. Dengan terhasilnya ruang pameran yang baru bagi Subaru, adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej Subaru dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua-dua ruang 'exterior & interior’ untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij ruang pameran tersebut. Maklumat tentang tapak cadangan juga diambil sebagai panduan sebelum merekabentuk. Contohnya gambar-gambar, struktur bangunan, kapasiti dan keluasan keseluruhan tapak. Tapak cadangan bangunan yang diperkukuhkan dengan ‘framed-structure’ di mana sistem pembinaan yang digunakan pada kebanyakan bangunan masa kini. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Subaru samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang saya terapkan di sini adalah penyatu paduan antara besi dan kaca untuk mendapatkan satu imej yang baru, yang sesuai dan dapat mampu menonjolkan imej yang sesuai dengan imej Subaru itu sendiri. |
---|