Laporan cadangan merekabentuk ruang dalaman Galeri Wayang Kulit Di No 12, Jalan Titiwangsa 1, Lorong Titiwangsa, Kuala Lumpur / Mohd Fadeli Hisham Mazuki

Tujuaan utama kajian akhir ini dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah galeri wayang kulit. Wayang kulit merupakan persembahan tradisional bagi rakyat di negeri kelantan, dimainkan dalam beberapa watak utama iaitu Pok Dogo,Wak Long, Wok Yah, Said, Eteng dan Raja Serama.menerapkan eleman-eleman waya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mazuki, Mohd Fadeli Hisham
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24670/1/PPd_MOHD%20FADELI%20HISHAM%20MAZUKI%20AP%2007_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24670/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuaan utama kajian akhir ini dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah galeri wayang kulit. Wayang kulit merupakan persembahan tradisional bagi rakyat di negeri kelantan, dimainkan dalam beberapa watak utama iaitu Pok Dogo,Wak Long, Wok Yah, Said, Eteng dan Raja Serama.menerapkan eleman-eleman wayang kulit dalam setiap rekabentuk galeri tersebut.Selain itu, galeri ini menggunakan teknologi terkini dalam persembahan audio visual. Selain dari wayang kulit tempatan, ia juga mengumpulkan semua wayang kulit yang terdapat Indonesia, Thailand, Kemboja serta seluruh Asia. Dengan berkonsepkan “Semangat Wayang Kulit” dapat menarik minat khususnya golongan remaja untuk datang ke galeri. Eleman senibina yang moden serta pengunaan wama yang menarik juga digunakan bagi menghasilkan sebuah galeri yang menarik tanpa menghilangkan kualiti tadisional. Antara kajian yang dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian bangunan, kajian kes, sejarah asal usul wayang kulit dan pengumpulan data-data. Ia bertujuan untuk mengkaji keperluan yang perlu ada dalam sesebuah galeri serta rekabentuk dalaman yang terkini yang boleh digunakan dalam projek ini. Hasil dari kajian dan proses pengumpulan data akan diterapkan dalam proses merekabentuk agar dapat menghasilkan sebuah galeri yang menarik dan selesa disamping mewujudkan satu imej baru bagi wayang kulit dengan kekuatan yang tersendiri.Selain itu jugaGaleri wayang kulit memainkan peranan sebagai tempat untuk ‘penyimpan, pemulihara, pendidik’ agar generasi alaf baru dapat mengamati dan menghargai keindahan dan seni wayang kulit yang amat berharga.