Cadangan pengubahsuaian rekabentuk dalaman Pejabat Seni IDE Sdn Bhd, Aras 2 & 3, No 61 & 62 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur / Mohd Ezuan Che Khalid

Projek akhir untuk pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Khalid, Mohd Ezuan
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24669/1/PPd_MOHD%20EZUAN%20CHE%20KHALID%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24669/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir untuk pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan pengubahsuaian rekabentuk dalaman pejabat Seni Ide Sdn Bhd yang terletak di Aras 2 dan 3, No 61 & 62 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Pejabat yang dicadangkan ini akan diubahsuaikan mengikut kehendak klien yang mahukan rekabentuk yang berbentuk moden mengikut arus peredaran masa kini. Tujuan pengubahsuaian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan sasaran pelawat yang datang untuk berurusan di Seni Ide Sdn Bhd serta memperbaiki segala kelemahan yang ada sebelum pengubahsuaian dilakukan. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan klien malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kepetcayaan pelawat yang datang berurusan di Seni Me Sdn Bhd. Sehubungan dengan itu, rekabentuk yang dipilih untuk pejabat Seni Ide Sdn Bhd ialah ‘fresh modern ’ yang membawa maksud gaya moden segar yang mengikut piawai skema rekabentuk pada masa kini dan kod yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk pengubahsuaian pejabat ini, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kehendak klien dan sasaran pelawat di Seni Ide Sdn Bhd, ruang yang diperlukan dalam pejabat, jenis perkhidmatan yang disediakan, waktu urus niaga beroperasi serta pelbagai maklumat befkenaan yang berkaitan dengan pejabat Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes.