Laporan cadangan rekabentuk dalaman Smart Reader Kids, di tapak bangunan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Taman Guar Perahu, 14 000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. / Nor Azila Ahmad

Projek akhir pelajar jurusan Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas sehingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Sebagai projek semester akhir,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Nor Azila
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24633/1/PPd_NOR%20AZILA%20AHMAD%20AP%2007_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24633/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir pelajar jurusan Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas sehingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Sebagai projek semester akhir, saya telah memilih skop merekabentuk ruang dalaman bagi Smart Reader Kids di tapak bangunan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Taman Guar Perahu, 14 000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pemilihan projek ini adalah berdasarkan isu-isu yang diketengahkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia ketika ini yang mahu melahirkan generasi yang berilmu dan mampu bersaing bagi kemajuan Negara di samping fasih berbahasa inggeris.ini disebabkan Smart Reader menyediakan program pembelajaran bahasa inggeris kepada ahli-ahlinya.Dengan adanya cadangan ini, ibubapa tidak perlu risau lagi anak-anak mereka akan ketinggalan dalam menimba ilmu pengetahuan dari peringkat asas lagi. Sesungguhnya, proses awalan kanak-kanak ini amat penting dalam proses tumbesaran minda mereka.Kanak-kanak perlu dilatih dan dididik dari awal usia agar terdedah dengan aktiviti keilmuan bagi menjana perkembangan minda mereka.Kanak-kanak juga memerlukan perhatian dan sesuatu aktiviti yang sesuai bagi membantu mereka menghadapi kehidupan ini. Oleh itu, pemilihan pusat didikan atau tadika yang sesuai amat penting kepada kanak-kanak dari seawal usia 3 tahun sebagai persediaan mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar dan bagi mengasah bakat semulajadi mereka dari awal agar mereka dapat membina keyakinan diri.Saya percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi sehebat yang mereka inginkan jika disediakan program awalan yang mudah, ceria dan berkesan untuk menarik minat kanak-kanak menimba ilmu.