Laporan cadangan rekabentuk dalaman Pusat Pejabat URS Glamour Model Agensi di Tingkat 2, Nombor 28,29 dan 30 Avenue K, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, Malaysia / Ku Badlisyah Mohd Noor

Projek akhir Rekabentuk Dalaman diperingkat Diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor, Ku Badlisyah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24338/1/PPd_KU%20BADLISYAH%20MOHD%20NOOR%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24338/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek akhir Rekabentuk Dalaman diperingkat Diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah Cadangan Membina Pusat Peragaan URS Glamour di nombor 28, 29 dan 30 avenue K, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Malaysia. Pejabat ini merupakan sebuah pejabat atau pusat peragaan majalah tempatan yang sekarang ini bercirikan glamour dan dibiayai sepenuhnya oleh URS Glamour Sdn Bhd sejak tahun 2001. Pusat pejabat ini ditubuhkan bagi mencari bakat-bakat remaja yangt terpendam dan menghasilkan seseorang yang berkualiti dalam bidang hiburan tempatan mahupun antarabangsa. Kemudahan infrastruktur bersifat fizikal, malah mengambil inisiatif untuk membawa masyarakat sekeliling ke arah melahirkan masyarakat berorientasikan maklumat seiring dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang hiburan. Peranan pusat pejabat ini adalah tempat untuk mempraktiskan bakat serta mengasah bakat yang sepatutnya dimiliki oleh anak-anak tempatan, menjadi tempat pusat utama tempat riadah kepada pengguna. Kelebihan pusat pejabat URS Glamour mengeluarkan dan menghasilkan model-model baru serta terdapat kelas latihan mingguan untuk pelajar-pelajar yang ingin mengikuti kelas seperti pengambaran, lakonan, peragaan, dan tarian. Rekabentuk pejabat yang ingin ditonjolkan adalah merupakan imej sebuah tempat berkomunikasi harian para artis Malaysia, terutama kepada artis remaja yang mempunyai bakat terpendam. Beberapa kajian telah dibuat dalam proses membina pusat pejabat yang mampu memberikan impak yang positif dalam dunia hiburan. Antaranya ialah menemuramah pengarah syarikat, mengikuti kelas bagi merasai situasi yang sebenar bagi mendapatkan latar belakang syarikat, analisa tapak sedia ada penyelidikan melalui kajian kes, buku dan internet. Tujuan kajian ini dibuat adalah mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di tapak sedia ada, mengkaji keperluan ruang aktiviti yang dilakukan serta pengurusan bagi memudahkan proses merekabentuk ruang dalaman pusat URS Glamour Sdn Bhd yang baru. Kajian dan proses pengumpulan data juga perlu dibuat dalam proses sistematik rekabentuk bagi mendapatkan konsep rekabentuk ruang yang menarik serta imej yang sesuai dengan identiti pejabat yang lebih mementingkan tumpuan utama remaja.