Kecacatan bangunan dan pemasalahan kualiti dalam proses pembangunan perumahan yang baru diserah milik oleh pemaju / Mahayudin Mahmood

Sejak awal 90 an, projek-projek perumahan telah pesat membangun bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi. Pihak-pihak Pemaju, Konsultan, Kontraktor dan Pihak Berkuasa Tempatan telah berganding tenaga menyediakan sejumlah besar unit-unit perumahan yang di perlukan. Dalam arus mengejar projek-proje...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmood, Mahayudin
Format: Thesis
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24189/1/TD_MAHAYUDIN%20MAHMOOD%20AP%2098_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24189/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak awal 90 an, projek-projek perumahan telah pesat membangun bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi. Pihak-pihak Pemaju, Konsultan, Kontraktor dan Pihak Berkuasa Tempatan telah berganding tenaga menyediakan sejumlah besar unit-unit perumahan yang di perlukan. Dalam arus mengejar projek-projek perumahan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan, kepentingan pembeli mestilah juga di pelihara. Setiap komponen dan setiap unit rumah yang di bina mestilah sempurna, bebas dari segala kecacatan justeru dari pengurusan projek pembangunan yang berkualiti hasil dari gabungan para profesional serta pengalaman. Malang sekali, masalah kecacatan masih lagi berlaku di setiap rumah yang di bina. Faktur kualiti tidak lagi menjadi matlamat utama. Persoalannya, siapakah yang seharusnya di pertanggungjawabkan dan siapa pula yang sepatutnya menjadi tulang belakang untuk melaksanakan sistem kualiti yang lebih berkesan. Pihak pembeli pula menghadapi dilema untuk menyelesaikan masalah mereka; wang telah banyak di laburkan, kos-kos membaikpulih terpaksa di tanggung. Umumnya, ia akan merugikan dan tidak memberikan sebarang manafaat kepada semua pihak akhirnya. Justeru itu juga , semua pihak yang terlibat hendaklah membuka mata mereka dan meneliti sendiri masalah kecacatan yang sedang di hadapi. Kajian kes yang telah di buat telah membuktikan keadaan ini. Penyelesaian mestilah di cari bukan saja dengan perlaksanaan beberapa cadangan yang di kemukakan tetapi lapuran-lapuran yang lebih lengkap hendaklah di buat. Dengan adanya usaha-usaha seperti ini nanti, kita yakin bahwa industri pembinaan sendiri akan memperolehi faedah yang amat membanggakan.