Telefon awam untuk kegunaan pelajar (kolej kediaman di universiti) / Mohd Farhan Ahmad Shukri

Masyarakat dunia pada masa kini sentiasa di pengaruhi dengan gaya hidup yang mengikut arus perubahan semasa.Sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat dunia untuk mengejar arus permodenan yang semakin canggih dari masa ke semasa.Malaysia juga seperti negara-negara maju yang lain tidak ketinggalan u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Shukri, Mohd Farhan
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23231/1/LP_MOHD%20FARHAN%20AHMAD%20SHUKRI%20FAD%20K05_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23231/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat dunia pada masa kini sentiasa di pengaruhi dengan gaya hidup yang mengikut arus perubahan semasa.Sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat dunia untuk mengejar arus permodenan yang semakin canggih dari masa ke semasa.Malaysia juga seperti negara-negara maju yang lain tidak ketinggalan untuk menerokai kecanggihan teknologi terkini didunia.Saban hari kita kerap melihat pelbagai teknologi Dan aneka rekabentuk yang kreatif dan inovatif.Kebanyakkan produk yang sedia ada diperbaharui dari segi fungsi dan rekabentuk yang lebih menarik.Akan tetapi ada juga sesetengah produk yang terlepas pandang dan jarang diambil perhatian mengenai rekabentuk oleh para perekabentuk. Telefon awam adalah merupakan alat telekomunikasi yang jarang diberi penekanan dari aspek rekabentuk.Kita sedia maklum dan tahu bagaimana statiknya rekabentuk telefon awam di Malaysia,baik dari segi ganggang hinggalah ke wamanya.Ada terdapat dua jenis kategori telefon awam di Malaysia,untuk kegunaan luaran dan kegunaan dalaman.Pada kebiasaannya syarikat Telekom Malaysia menyediakan pondok khas yang ditempatkan sekali dengan telefon tersebut bagi tujuan melindungi telefon dari hujan dan panas. Untuk kegunaan dalaman pula,kebiasaannya mereka hanya meletakkan telefon itu bersendirian tanpa pembahagi antara satu sama lain. Selain itu juga,terdapat juga masalah yang dihadapi oleh pengguna telefon awam ini,terutamanya oleh pelajar universiti,seperti tiada privacy apabila bercakap,lenguh di pergelangan tangan dan tidak berkonsepkan mesra pengguna.Hal lain yang berkaitan dengan telefon awam ialah masalah ketidakpelbagaian dari segi pembayaran.Pada kebiasaannya telefon awam sekarang menggunakan dua jenis kaedah pembayaran iaitu penggunaan syiling dan kad telefon.Ramai yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan keadaan telefon awam sekarang dan ini dibuktikan lagi dalam penyelidikkan yang dijalankan melalui kaedah soal selidik kepada para pelajar.Rata-rata mereka mencadangkan yang telefon awam yang ada sekarang supaya boleh menerima wang kertas selain dari kaedah konvensional.Mereka juga mencadangkan supaya menukar rekabentuk yang ada sekarang kelihatan lebih menarik dan meggunakan wama yang lebih ceria dan menepati konsep Gaya Hidup Moden’.