Kajian terhadap pandangan pelanggan dan permasalahan dalam skim pajak gadai Islam / Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof dan Mohd Adib Shujaa’ Ahmad

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan pelanggan terhadap skim pajak gadai Islam Ar Rahnu yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah dalam penggadaian yang dihadapi oleh mereka. Penulis menggunakan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami, Yusof, Siti Aisyah, Ahmad, Mohd Adib Shujaa’
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institute 2010
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22472/1/LP_MUHAMMAD%20SAIFUL%20ISLAMI%20MOHD%20TAHER%20IRMI%20K%2010_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22472/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan pelanggan terhadap skim pajak gadai Islam Ar Rahnu yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah dalam penggadaian yang dihadapi oleh mereka. Penulis menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kajian perpustakaan, temu bual dan pengedaran borang soal selidik. Jumlah responden seramai 100 orang yang merupakan penggadai di Ar Rahnu YaPEIM. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 17.0. Hasil kajian mendapati pandangan responden terhadap skim Ar Rahnu adalah positif di mana peratusan responden yang menandakan jawapan setuju dan sangat setuju adalah melebihi 80% untuk setiap item berkenaan pandangan pelanggan. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang skim pajak gadai Islam. Kajian ini turut mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi pelanggan apabila menggunakan skim Ar Rahnu di premis kajian. Diharapkan dapatan-dapatan kajian ini memberikan informasi berguna kepada YaPEIM dalam usaha menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan memantapkan lagi pelaksanaan skim Ar Rahnu sebagai altematif terhadap pajak gadai konvensional.