Keberkesanan pelaksanaan kempen sosial: kajian kempen anti dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Kuala Muda / Nur Rashidi Johari … [et al.]

Kajian ini secara keseluruhan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kempen yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Kuala Muda Kedah dalam merancang dan melaksanakan kempen anti dadah. Pendekatan pemasaran social {social marketing) telah digunapakai dalam kajian ini dan penggunaan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Nur Rashidi, Sajahan, Mohamed Samsudeen, Mohd Khir, Mohd Radzi, Jaafar, Elias
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2010
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21189/1/LP_NUR%20RASHIDI%20JOHARI%20RMI%2010_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21189/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini secara keseluruhan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kempen yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Kuala Muda Kedah dalam merancang dan melaksanakan kempen anti dadah. Pendekatan pemasaran social {social marketing) telah digunapakai dalam kajian ini dan penggunaan pendekatan pemasaran social ini merupakan satu usaha pelopor dalam kajian keberkesanan kempen di Malaysia kerana sebelum ini keberkesanan kempen biasanya dinilai dalam kerangka pemasaran komersial. Rasional penggunaan pendekatan ini adalah berdasarkan landasan bahawa kerangka ini telah digunakan secara meluas dalam kajian-kajian kempen sosial di negara-negara lain dan seterusnya membantu dalam mengenalpasti kaedah penambahbaikan pelaksanaan kempen. Untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan Persampelan Bukan Keberangkalian iaitu Persampelan Mudah {convenience sampling). Seramai 300 orang responden yang mengunjungi Kempen Anti Dadah AADK Daerah Kuala Muda Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu data premier (menggunakan soal selidik) dan data sekunder. Bagi tujuan menilai kebolehpercayaan (reliability) instrumen, ujian alfa cronbach (Cronbach Coefficient Alpha) telah dilakukan. Hasil kajian memperlihatkan nilai alfa Cronbach melebihi .80. Kerangka kajian ini telah menggunakan 3 (TIGA) pembolehubah bersandar dan empat alternatif hipotesis. Daripada ujian hipotesis yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa maklumat/mesej dan perancangan kempen mempengaruhi keberkesanan kempen. Walau bagaimanapun, faktor perubahan tingkahlaku kurang mempengaruhi keberkesanan kempen yang dijalankan. Ini kemungkinan disebabkan tingkahlaku berkait rapat dengan sikap responden itu sendiri.