Cadangan merekabentuk ruang dalaman restoran makanan segera Ramly Burger di Lot 1797-G-10 & 1797-G-11 Kompleks Autoworld, Juru Interchange, 13600 Perai, Penang / Siti Hawa Baharom

Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baharom, Siti Hawa
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21065/1/PPd_SITI%20HAWA%20BAHAROM%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21065/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mereka bentuk skima baru bagi Restoran Makanan Segera Ramly Burger bertempat di 1797-G-10 & 1797-G- 11, Kompleks Autoworld, Jalan Perusahaan, Juru Interchange, 13600 Prai, Penang. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi restoran makanan segera Ramly Burger disamping memberikan suasana yang praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada pelanggan serta servis yang berkualiti. Selain itu, pemilihan projek ini juga adalah untuk mengetengahkan rekabentuk dan konsep baru bagi sebuah syarikat pengeluaran makanan segera tempatan yang begitu terkenal dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera iaitu Ramly Burger. Dengan terhasilnya rekabentuk dalaman yang baru bagi Restoran Makanan Segera Ramly Burger ini, adalah diharapkan bahawa ia dapat menarik perhatian orang ramai khususnya rakyat tempatan bahawa kita juga mampu memasarkan dan memberi saingan kepada restoran makanan segera yang sediada. Disamping itu juga ia dapat memperkembangkan lagi perniagaan yang diasaskan oleh Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd.. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang restoran untuk menonjolkan lagi nilai estetika rerstoran tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir restoran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd. samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang saya terapkan di sini adalah ‘Attraction : brings in design, food and human’ yang membawa maksud tarikan di mana rekaan restoran itu sendiri dan makanannya merupakan tarikan kepada manusia untuk pergi ke restoran ini. Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan ideaidea untuk merekabentuk Restoran Makanan Segera Ramly Burger agar ia menjadi salah satu ikon dan tarikan di Malaysia suatu hari nanti.