Cadangan reka bentuk dalaman pejabat Primeworks Studios di Sri Pentas TV3, No 3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor, Bagi Tetuan Primeworks Studios / Nur Atiqah Mohammad Molki

Projek ini adalah cadangan reka bentuk ruang pejabat untuk Primeworks Studios dengan mengapiikasikan konsep yang sesuai dengan misi dan visi syarikat korporat Primeworks Studios yang menjadi syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan bertaraf antarabangsa yang mempunyai nilai kualiti yang terbaik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Molki, Nur Atiqah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20887/1/PPd_NUR%20ATIQAH%20MOHAMMAD%20MOLKI%20AP%2009_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20887/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek ini adalah cadangan reka bentuk ruang pejabat untuk Primeworks Studios dengan mengapiikasikan konsep yang sesuai dengan misi dan visi syarikat korporat Primeworks Studios yang menjadi syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan bertaraf antarabangsa yang mempunyai nilai kualiti yang terbaik untuk setiap penghasilan rancangannya. Aspek psikologi ruang juga diaplikasikan bagi memberikan keselesaan kepada para pekerjanya dan juga pelanggan yang datang berurusan di sini. Justeru itu, pengumpulan data dan maklumat samada secara cetak atau lisan telah dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapat maklumat sacara terperinci mengenai Primeworks Studios dan cadangan reka bentuk yang bersesuaian dengan imej syarikat itu sendiri. Setiap reka bentuk yang dilakukan mengambil kira pelbagai aspek, mengapa ianya direka bentuk sedemikian rupa. lanya bermula dengan pencarian masalah, isu-isu yang timbul, komen-komen pekerja, pengumpulan data-data yang relevan dan sebagainya. Tanpa masalah dan isu, reka bentuk yang berjaya tidak mungkin akan dilakukan. Untuk projek akhir ini, kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah reka bentuk yang perlu dibaiki. Sebuah ruang pejabat yang baik dan selesa ialah sebuah ruang yang menggunakan kemasan yang bersesuaian contohnya kawasan yang menjadi laluan kepada troli mengangkut barang akan menggunakan kemasan vinil kerana vinil tahan lasak dan tahan lama, la juga mudah dibersihkan dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Manakala ruang berkerja penataan ‘laminated timber’ lebih sesuai kerana ia lebih cantik dan sesuai untuk aktiviti yang kurang lasak. Bagi bilik ketua operasi pula, kemasan karpet digunakan kerana ia nampak lebih eksklusif dan bersesuaian dengan imej ruang itu sendiri sebagai ruang untuk menempatkan orang yang beijawatan. Reka bentuk yang berjaya ialah reka bentuk yang menyelesaikan permasalahan yang berlaku didalam sesebuah ruang pejabat itu kerana ia mengambil kira keselesaan pengguna ruang tersebut. Selain itu, ia juga mampu menarik para pelanggan untuk datang ke pejabat ini kerana reka bentuk yang berjaya mempunyai unsur-unsur menarik perhatian yang akan menaikkan lagi imej syarikat Primeworks Studios itu sendiri.