Laporan kajian akhir cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman Lumut Country Resort di No 331 Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan / Nor Hizza Zazali

Cadangan menaik taraf rekabentuk dalaman Lumut Country Resort di No. 331 Jalan Titi Panjang, 32 200 Lumut, Perak Darul Ridzuan merupakan projek semester akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Lumut Country Resort merupakan sebuah resort pertama beroperasi di daerah Lumut sejak Mei 1984. Namun begitu, set...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zazali, Nor Hizza
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20857/1/PPd_NOR%20HIZZA%20ZAZALI%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20857/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cadangan menaik taraf rekabentuk dalaman Lumut Country Resort di No. 331 Jalan Titi Panjang, 32 200 Lumut, Perak Darul Ridzuan merupakan projek semester akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Lumut Country Resort merupakan sebuah resort pertama beroperasi di daerah Lumut sejak Mei 1984. Namun begitu, setelah beroperasi selama iebih dua puluh tahun, keadaan resort berada dalam keadaan yang kurang baik terutamanya dari segi imej, suasana, keperluan ruang, dan aliran pergerakan ruang dalaman. Cadangan menaik taraf yang dijalankan bertujuan memperbaiki imej dan identiti resort agar Iebih terampil sebagai sebuah resort, memperbaharui keperluan ruang dalaman , serta memperbaiki aliran pergerakan melaui susunatur rekabentuk dalaman. Kaedah kajian projek yang dijalankan terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua, dan fasa ketiga. Fasa pertama menerangkan tentang fokus kajian, klien dan masalah cadangan menaik taraf. Fasa kedua pula merupakan kajian kes beberapa resort sebagai rujukan rekabentuk. Kajian tapak serta kajian bangunan sedia ada juga dilaksanakan untuk mengkaji kedudukan lokasi tapak dan struktur bangunan dengan Iebih mendalam lagi agar sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Fasa ketiga pula Iebih tertumpu kepada cadangan kajian projek yang dijalankan. Cadangan rekabentuk yang dijalankan melalui beberapa proses skima rekabentuk. Menerusi beberapa kajian dan analisa yang dijalankan, konsep cadangan rekabentuk yang dipilih ialah Integration. Konsep ini mengaitkan beberapa elemen alam semula jadi sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi suasana persekitaran. Oleh itu, imej tropikal telah dipilih sebagai imej cadangan rekabentuk projek yang dijalankan. Konsep dan imej yang dipilih mempunyai keserasian yang bakal diterapkan melalui cadangan rekabentuk. Susunatur ruang yang diadaptasikan berlandaskan konsep dan imej harus menyelesaikan masalah yang ada bagi mencapai objektif rekabentuk yang telah disenaraikan di awal cadangan projek. Oleh itu, kajian projek yang dijalankan perlu mencapai matlamat dan objektifnya bagi menjayakan sesebuah kajian projek.