Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman Restoran Kampung Boy untuk Datuk Mohd Nor Khalid di No 6 Jalan Panglima Bukit Gantang, 30000 Ipoh Perak / Noor Hameida Md Rimi

Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Rimi, Noor Hameida
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20814/1/PPd_NOOR%20HAMEIDA%20MD%20RIMI%20AP%2009_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20814/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mereka bentuk skima baru bagi Restoran Kampung Boy bertempat di No 6 Jalan Panglima Bukit Gantang, 3000 Ipoh, Perak. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi restoran disamping memberikan suasana yang praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada pelanggan serta servis yang berkualiti. Selain itu, pemilihan projek ini juga adalah untuk mengetengahkan rekabentuk dan konsep baru bagi sesebuah restoran. Dengan terhasilnya rekabentuk dalaman yang baru bagi Restoran Kampun Boy ini, adalah diharapkan bahawa ia dapat menarik perhatian orang ramai khususnya rakyat tempatan bahawa kita juga mampu memberi saingan kepada restoran lain. Disamping itu, ia juga dapat memperkembangkan lagi kerjaya pemilik restoran.Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang restoran untuk menonjolkan lagi nilai estetika restoran tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir restoran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan ada juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan didalam proses rekabentuk, dengan tujuan mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan imej kampung boy yang ingin ditonjolkan samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang diterapkan disini iaiah “ Kampung Boy “ dimana membolehkan orang ramai mengingati semula memori pada waktu mereka kanak-kanak dahulu.Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan idea-idea untuk merekabentuk Restoran Kampung Boy agar ia menjadi salah satu ikon dan tarikan di Malaysia suatu hari nanti.