Penggunaan sistem VoTe bagi pengurusan kewangan geran penyelidikan yang efisien (Use of VoTe system for efficient research grant financial management) / Nur Jannah Azman … [et al.]

Fungsi Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), UiTM Cawangan Negeri Sembilan adalah mengurus, mengkoordinasi dan menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Selain itu RMU bertanggungjawab meningkatkan impak keseluruhan penyelidikan untuk memperluas kerjasama dan menguku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azman, Nur Jannah, Ahmad, Nor Monica, Hasan, Nor' Aishah, Ahmad, Siti Noor Dina, Mohamed, Ahmad Husaini
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press) 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20742/1/AJ_NUR%20JANNAH%20AZMAN%20JURIM%2017.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20742/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fungsi Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), UiTM Cawangan Negeri Sembilan adalah mengurus, mengkoordinasi dan menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Selain itu RMU bertanggungjawab meningkatkan impak keseluruhan penyelidikan untuk memperluas kerjasama dan mengukuhkan perkongsian dengan universiti penyelidikan yang lain. Dalam usaha membudayakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan pensyarah, pihak RMU dan penyelidik, terutamanya pemegang geran menghadapi masalah ketiadaan sistem/ templat geran penyelidikan yang seragam di mana pemegang geran terpaksa bergantung penuh kepada pihak Bendahari dalam mendapatkan maklumat (baki geran penyelidikan). Masalah ini menyebabkan kesulitan lain timbul seperti bilangan projek penyelidikan yang melanjutkan tempoh masa penyelidikan bertambah, pemegang geran akan bertumpu pada satu projek dengan tempoh yang sangat lama dan akhirnya mengakibatkan bilangan geran yang diperolehi oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan semakin berkurangan. Hasilnya, objektif kualiti kampus untuk memastikan geran penyelidikan mencapai RM200,000.00 agak sukar untuk dicapai. Rentetan itu, idea yang terbit untuk membantu menangani punca masalah pemegang geran terhasil, iaitu sistem VoTe yang mana inovasi ini berjaya membantu mereka membuat perbelanjaan yang efisien sambil memantau kewangan dalam setiap vot dalam geran penyelidikan.