Cadangan menaik taraf dan merekabentuk dalaman pawagam Coliseum / Farawahida Abd Ghafar

Untuk projek akhir IND 381 (Kursus Rekabentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek Menaik taraf dan Merekabentuk Pawagam Coliseum. Projek ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dibuat samada dalam pencarian masalah yang sediada, pengumpulan data, pemerhatian dan lain-lain. Setiap projek m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Ghafar, Farawahida
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20459/1/PPd_FARAWAHIDA%20ABD%20GHAFAR%20AP%2009_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20459/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Untuk projek akhir IND 381 (Kursus Rekabentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek Menaik taraf dan Merekabentuk Pawagam Coliseum. Projek ini dipilih berdasarkan kajian yang telah dibuat samada dalam pencarian masalah yang sediada, pengumpulan data, pemerhatian dan lain-lain. Setiap projek mempunyai matlamat yang perlu dicapai. Selain itu, perkara lain yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu projek ialah mengetahui objektif, skop, halangan dan kepentingan projek khususnya. Hal ini merupakan perkara yang terpenting perlu di ketahui sebelum memulakan dan merancang sesuatu projek. Pemilihan cadangan menaik taraf dan Merekabentuk Pawagam Coliseum ini berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan wujudnya masalah-masalah tertentu dan ianya masih tidak aktif berikutan wujudnya ’cineplex’ bagai cendawan tumbuh. Namun kewujudan pawagam lama ini semakin lama semakin dilupakan walhal ianya bertapak pada bangunan lama yang pada dahukala lebih gemilang. Daripada cadangan dan penggiatan pihak tertentu untuk menaiktarafkannya ia adalah jalan yang terbaik untuk mengembalikan detik dan peristiwa sejarah dahulu. Ia juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan dan memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk menikmati filem-filem kegemaran dalam suasana yang lebih selesa dengan kelengkapan yang bakal disediakan. Ahli-ahli atau pekerja di sini dapat bekerja di bawah satu bumbung menjalankan aktiviti pemiagaan mereka dengan lebih mudah. Kajian yang dijalankan adalah untuk memperolehi maklumat terperinci mengenai projek yang akan dijalankan, maklumat ini adalah bertujuan untuk membantu dalam proses menaik taraf dan merekabentuk ruang dalaman serta dapat mengikuti dan menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh pihak klien. Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa masalah-masalah yang timbul pada pawagam adalah kurangnya sambutan daripada orang ramai disebabkan masalah kewangan dan tayangan hanya berbentuk ’old school’ dan ’box office’ sahaja. Di samping itu, lebih kepada ruang kosong yang hanya dipenuhi oleh golongan muda untuk melepak sehinggakan keunikannya tidak terserlah. Daripada situasi ini cadangan menaik taraf dan merekabentuk semula pawagam Coliseum ini dibuat untuk keselesaan pengunjung dan menjaga kualiti bangunan unik ini untuk kepentingan organisasi tertentu.