Penilaian pengunjung terhadap pameran karya seni "Travelog" pelajar seni halus UiTM Melaka / Amiruddin Osman, Rosli Zakaria dan Shahrul Munir Mohd Kaulan

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana kualiti pameran dan karya pelajar semester akhir program Diploma Seni Halus dari sudut kaca mata orang ramai. Di samping itu pengkaji ingin mengetahui kesan pameran tersebut kepada pengunjung. Satu instrumen telah dibentuk untuk mengukur dari segi kuali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Amiruddin, Zakaria, Rosli, Mohd Kaulan, Shahrul Munir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20035/1/PRO_AMIRUDDIN%20OSMAN%20M%2016.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20035/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana kualiti pameran dan karya pelajar semester akhir program Diploma Seni Halus dari sudut kaca mata orang ramai. Di samping itu pengkaji ingin mengetahui kesan pameran tersebut kepada pengunjung. Satu instrumen telah dibentuk untuk mengukur dari segi kualiti pameran, karya serta kesan afektif pengunjung. Aspek kualiti diukur melalui enam item iaitu penghasilan karya yang kreatif, karya yang mempraktikan teori dan amali, penguasaan kemahiran, karya yang relevan dan semasa, pengajuran pameran serta ruang pameran. Manakala dari aspek kesan afektif pengunjung diukur melalui enam item juga iaitu kepuasan, mencetus inspirasi, dapat menghayati, dapat pendedahan baru, keinginan untuk mengetahui lebih lanjut dan tahap keseronokan. Skala "rating" darjah persetujuan daripada 1 - sangat tidak setuju hingga ke skala 5 - sangat setuju telah digunakan dalam instrumen ini. Pameran ini telah dijalankan di galeri seni Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Kuala Lumpur pada 10 hingga 30 Ogos 2015. Sampel yang digunakan adalah daripada pelawat-pelawat yang berkunjung ke pameran tersebut. Data daripada sampel telah dianalisis secara diskriptif melalui perisan IBM SPSS versi 12 dan Microsoft Excel. Hasil analisis didapati secara keseluruhannya memperlihatkan pengunjung menyatakan pameran karya seni "Travelog" pelajar sangat berjaya (min 4.5, sisihan piawai 0.1). Aspek keberkesanan pameran serta karya pelajar mencatat min 4.5 dan kesan afektif pengunjung adalah pada min 4.4. Komen-komen pengunjung kesemuanya positif dan kebanyakkannya mencadangkan agar aktiviti seperti ini diteruskan.