Budaya visual ‘Seni Kolam’ dalam sistem sosial Masyarakat India / Santhi Letchumanan, Lee Hoi Yeh dan Abdul Halim Hussain

Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang budaya visual seni melukis ‘Kolam’ secara proses sosialisasi di kalangan masyarakat India. Seni ‘Kolam’ boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya c...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Letchumanan, Santhi, Lee, Hoi Yeh, Hussain, Abdul Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19997/1/PRO_SANTHI%20LETCHUMANAN%20M%2016.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19997/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang budaya visual seni melukis ‘Kolam’ secara proses sosialisasi di kalangan masyarakat India. Seni ‘Kolam’ boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta dan diwarisi melalui pendidikan tidak formal oleh masyarakat India. Seni melukis ‘Kolam’ diilhamkan daripada motif flora, fauna dan motif geometri. Fokus kertas kerja adalah berkaitan proses penurunan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam melukis ‘Kolam’. Kajian ini juga menfokuskan tentang penyampaian ilmu kemahiran melukis ‘Kolam’ yang berlaku dalam konteks pendidikan tidak formal berasaskan keluarga dan komuniti setempat. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Teknik pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual, rakaman visual dan kajian dokumen. Data-data akan yang diperolehi dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Manakala kajian ini akan menggunakan pendekatan interdisiplin dengan konsep-konsep dalam teori kebudayaan sebagai teori utama dan teori apresiasi seni. Melukis ‘Kolam’ lebih dikaitkan dengan aspek keceriaan, keritualan dan memiliki falsafahnya tersendiri serta mengekalkan identiti masyarakat India di Malaysia melalui proses pendidikan tidak formal yang berlaku dalam sistem sosial masyarakat India.